Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 10 August 2014

VIDEO- PEGUAM NEGARA TENAT !

Sebelum ini dah jadi percakapan umum, isu negara. Peguam Negara mengamalkan pendakwaan terpilih. Kalau kes melibatkan orang Melayu tindakan diambil amat cepat, manakala orang bukan Melayu menghina Islam, menghina Institusi Raja terlepas bebas.



Banyak kes yang berlaku sehingga ada Menteri yang menimbulkan perkara ini. Peguam Negara telahpun menjawab tapi aku rasa jawapan itu tidak akan membantu memulihkan hati orang Melayu yang luka.



Ucapan Timbalan Presiden UMNO sewaktu merasmikan Persidangan UMNO Bahagian Bera baru baru ini memberikan sedikit kelegaan. Tan Seri Muhyiddin menyatakan bahawa Kerajaan meneliti dan mengkaji apa yang berlaku dan bersedia untuk bertindak. Bahkan Muhyiddin turut mengakui tanggapan dan persepsi bahawa berlaku pendakwaan terpilih ada asasnya .



Aku harap ini bukan sekadar ucapan pemanis mulut. Aku yakin masanya telah sampai untuk UMNO menunjukkan ia adalah parti yang berkuasa.

Dan jika jadi apa yang dikatakan maknanya Peguam Negara tengah panaslah. Mungkin boleh beransur ansur kemas barang.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...