Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 27 August 2014

Aku tak rasa Anwar sound PAS . Anwar sebenarnya sound Haji Hadi dan Majlis Syura PAS yang hakikatnya tak mahukan Wan Azizah jadi MB. Anwar dah tak tahan sebenarnya. Dia rasa penolakan berlaku terhadap bukan Wan Azizah sangat tapi Anwar sendiri.

Aku jugak tak rasa bahawa pimpinan tertinggi PAS bodoh sangat sehingga gagal untuk mengenali hati budi Anwar.PAS pun jahat jugak. Untuk kalahkan UMNO ( dulu)mereka kompromi dengan Anwar walaupun mereka tahu Anwar luar dalam.

Sekarang dah jadi cerita lawaklah. Yang untung DAP. Mereka dapat menyaksikan Melayu balun Melayu depan bijik mata mereka sendiri. Baca laporan di bawah...Anwar marah sampai kembang hidung ooo..


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara terbuka meminta PAS untuk menyatakan sama ada mereka menentang keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor kerana beliau seorang wanita.
"Oleh kerana ini melibatkan kedudukan seorang wanita, adakah ini bermakna mereka tidak bersedia menerima seorang wanita sebagai pemimpin? Mereka perlu mengambil kira perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menarik balik saman fitnahnya terhadap Tan Sri Syed Hamid Albar, hari ini.
Ketua Umum PKR itu mengulas keputusan PAS semalam untuk mengemukakan lebih dua nama untuk dicalonkan sebagai menteri besar kepada istana sebagaimana diminta baginda Sultan Selangor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...