Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday 26 July 2014

GEMPAR !! KUMPULAN DARUS SYIFA' AKAN BERLEPAS KE GAZA !


Ini kawan aku yang cadangkan. Dah jadi fenomena pusat rawatan Darussyifa' ni. Hampir di sebuah daerah ada Pusat Rawatan mereka yang dinamakan Pusat Rawatan Islam.

Menurut kawan aku, beliau pernah mendapat rawatan dari sebuah Pusat Rawatan darussyifa' atas nasihat seorang rakan yang lain. Jenuh jugaklah berubat, akhirnya ustaz tu memutuskan bahawa rakan aku ni diganggu jin.

Gambar hiasan

Ustaz berkenaan bagitau kawan aku ada beberapa ekor jin telah mengganggu kawan aku. Dan sebagai kaedah rawatan jin itu telah dipotong dan dibuang ke laut kerana tidak mahu ' keluar ' daripada tubuh kawan aku.

Dipendekkan cerita, kawan aku tu tidak sembuh. Beliau kemudiannya dirujuk ke hospital dan doktor mengesahkan kawan aku mengalami penyakit batu karang dalam pundi kencing. Dah dibuangpun, elok sampai sekarang.

Nak ceritanya begini. Kalau jin boleh ditangkap, dibunuh atau dihapuskan apa salahnya pakar ini dihantar ke Gaza. Tangkap dan bunuh tentera Israel yang nyata terlalu kejam menyeksa dan membunuh umat Islam.

Selain daripada perubatan, kewangan inilah bentuk pertolongan yang patut kita hulurkan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...