Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday 19 July 2014

ANWAR GUNAKAN MASA SUKAR INI UNTUK PUASKAN NAFSUNYA !

Aku yakin tumpuan seluruh rakyat lebih kepada simpati terhadap MH17 dan penderitaan rakyat Palestin. Kita hampir melupakan seketika politik dalaman kerana ingin berikan apa jua sokongan yang boleh untuk bantu kedua dua mangsa yang aku sebutkan di atas.

Inilah masanya Anwar buat keputusan luar biasa dengan harapan orang tak perasan apa yang sedang berlaku !


Anwar sahkan peralihan kuasa di Selangor



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa pemimpin parti itu bersetuju dengan satu "peralihan kuasa yang lancar" bagi jawatan menteri besar Selangor.

Seperti dilapor Malaysiakini sebelum ini, Anwar memberi isyarat bahawa menteri besar baharu kemungkinan besar adalah isterinya dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Namun, beliau tidak mendedahkan sebarang nama lagi memandangkan majlis presiden Pakatan Rakyat belum bertemu membincangkan perkara itu.

Azizah disebut-sebut bakal menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu untuk penggal kedua tetapi berhadapan pelbagai kritikan terhadap caranya menguruskan negeri.

Ia termasuklah cara beliau menguruskan sumber negeri sehingga kepada pendekatannya yang kurang berbincang dengan orang ramai dalam hal ehwal projek-projek mega seperti Lebuh Raya Kidex.

Anwar berkata sekretariat Pakatan Rakyat telah dimaklumkan tentang keputusan itu walaupun majlis presiden akan hanya bertemu pada minggu hadapan.

"Biro politik PKR dan pemimpin-pemimpin parti dalam majlis pimpinan pusat sepakat dengan satu peralihan kuasa secara lancar di Selangor dan bersetuju ia patut dibincangkan secara tertib dengan Khalid," katanya sewaktu ditemui di Guar Perahu, Pulau Pinang hari ini.
Ulasan -
Pakatan Pembangkang, rakyat Selangor bahkan rakyat Malaysia sekalipun kena faham bahawa di atas segala kemahuan rakyat, ada kemahuan Anwar yang wajib dipenuhi!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...