Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday 11 July 2014

LEBIH MUDAH PINDAHKAN PENDUDUK DARI PINDAHKAN BABI !

Bukan sekali Lim Guan Eng menangis. Melihat penderitaan rakyat yang bergelandangan, Lim Guan Eng tidak dapat menahan air mata.
Tangisan itulah yang menyebabkan PAS dan sebahagian Melayu Pulau Pinang menganggap Lim Guan Eng sebagai Umar Abdul Aziz. Untuk kampung Selamat, aku rasa Lim Guan Eng akan bertemu penduduk, menangis lagi. Mungkin kali ini lebih banyak air mata yang tumpah. Aku jangka kerana simpati, penduduk akan dipindahkan bagi memberi laluan kepada babi...
Mungkin walaupun hati aku harap ia tak kan berlaku.
Kebetulan, kita tahu tanpa mesyuarat dah banyak penduduk Melayu dan India berjaya dipindahkan. Nak pindahkan babi dah banyak kali mesyuarat masih belum berjaya lagi.


Lebih 200 penduduk Kampung Selamat, di Tasek Gelugor mengadakan perhimpunan secara aman hari ini bagi membantah ternakan babi di kawasan itu dan meminta kerajaan negeri memindahkannya ke kawasan lain.

Pengerusi Kariah Masjid Kampung Selamat Ismail Hassan, 49, berkata penduduk kampung itu sudah hilang sabar setelah sekian lama berdepan dengan masalah ladang babi terutama pencemaran bau busuk dan air dari sisa kumbahan ladang itu.

Kumpulan berkenaan yang berarak sejauh 100 meter dari Masjid Kampung Selamat ke pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Selamat turut menyerahkan memorandum mengenai bantahan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin yang turut berada di situ.

"Saya mewakili penduduk Kampung Selamat hari ini mahu menyuarakan rasa tidak puas hati penduduk pelbagai kaum yang kurang selesa dengan keadaan ini kerana tidak tahan dengan persekitaran ini.

"Diharapkan selepas penyerahan memorandum ini, pihak berkenaan terutama kerajaan negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya agar kehidupan kami lebih berkualiti," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman itu

Bantahan itu juga diadakan selepas seorang pelajar di Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat Muhammad Ammar Muqrish Zulkifli, 12, disahkan dijangkiti virus Ensefalitis Jepun (JE) baru-baru ini.

Seorang penduduk Mohd Firdaus Daud, 29, berkata mereka juga mahu kerajaan  negeri pimpinan DAP mempelajari kaedah menternak babi seperti yang dilakukan di Selangor iaitu menggunakan teknologi dengan sistem penghapus bau dan sisa kumbahan yang lebih baik.

"Kami menyeru kerajaan Pulau Pinang mengambil tindakan segera (isu penternakan babi) dan mendengar rintihan kami yang mahukan udara segar dan suasana nyaman. Mereka sepatutnya pelajari teknologi menternak babi seperti diamalkan di Selangor," katanya.

Kamarudin Salleh, 46, pula berkata penduduk di Kampung Selamat telah sekian lama menderita dengan bau busuk dari kandang babi berkenaan terutama pada waktu pagi dan malam, dan ia mengganggu keselesaan penduduk.

Sementara itu, Dr Afif berkata pihaknya akan meneliti dan mengkaji pandangan dan suara penduduk Kampung Selamat itu.

"Isu memindahkan ladang babi ini bukanlah sesuatu yang baharu dan kami sudah bawa kepada jawatankuasa aduan untuk meneliti perkara ini namun belum dapat direalisasikan kerana beberapa perkara berbangkit," katanya.

Terdapat 84 ladang babi yang mempunyai populasi kira-kira 100,000 ekor babi di kawasan Kampung Selamat itu.

Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...