Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday 25 July 2014

18 SX - DI NEGARA PUJAAN DAP SEGALANYA SEX !!

Singapura: Seorang ahli perniagaan dihukum penjara tiga tahun selepas disabitkan kesalahan merasuah tiga pengadil warga Lubnan menggunakan pelacur dalam cubaan untuk mengatur keputusan perlawanan bola sepak.
Pemilik kelab malam Eric Ding Si Yang, 32, dipenjara atas kesalahan rasuah dalam pendedahan aktiviti sindiket judi dan mengatur perlawanan yang menjangkau sehingga ke Eropah.

Ding didapati bersalah pada 1 Julai lalu kerana merasuah pengadil Ali Sabbagh, 35, pembantu pengadil Ali Eid, 34 dan Abdallah Taleb, 38 sebelum perlawanan berlangsung di Singapura.Hakim Toh Yung Cheong dalam penghakimannya berkata, reputasi Singapura semakin ‘hanyut’ dan dicemari sindiket perjudian mengatur perlawanan.
Selepas perbicaraan, Toh berkata, pendakwa berjaya membuktikan kes itu melangkau keraguan munasabah bahawa Ding mempengaruhi ketiga-tiga pengadil terbabit untuk bersekongkol mengatur keputusan perlawanan bola sepak. “Matlamat akhir Ding ialah memujuk pengadil membuat keputusan salah di padang bagi memberi keuntungan kepada kaki judi,” katanya.

 Ketika siasatan kes ini berjalan, pihak berkuasa turut menangkap ketiga-tiga pengadil terbabit pada April 2013 sebelum diberi tugas mengendalikan perlawanan Piala Persekutuan Bola Sepak Asia di antara kelab Tampines Rovers dengan East Bengal dari India. Ketiga-tiga suspek kemudian mengaku bersalah. Sabbagh dihukum penjara enam bulan, manakala Ali Eid dan Abdallah Taleb dikenakan tiga bulan.

Dalam kenyataan membela diri, Ding mendakwa dia bukan pihak yang bertanggungjawab mengatur keputusan perlawanan, sebaliknya cuma wartawan sambilan sebuah akhbar tabloid tempatan yang kononnya berminat membuat laporan sindiket perjudian. - AFP


Hiasan

Ulasan
Kalaulah berlaku di Malaysia, gegak gempitalah jawabnya...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...