Rindu pulak kat Abby Abadi. Senyap sunyi. Tiba tiba..
27 Ogos – Selebriti yang kini tidak lagi bergiat aktif dalam bidang seni, Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian peminat dan media apabila memuat naik sekeping gambar di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.
27 Ogos – Selebriti yang kini tidak lagi bergiat aktif dalam bidang seni, Abby Abadi sekali lagi menjadi perhatian peminat dan media apabila memuat naik sekeping gambar di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.
Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 36, seringkali menjadi tumpuan pengikut laman sosialnya semenjak dirinya berkahwin dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar sehinggalah mereka berdua disahkan bercerai.
Menurut laporan portal OhBulan!, foto yang menunjukkan laporan polis itu diyakinkan lagi dengan kapsyen Abby yang seakan-akan ditujukan khas buat bekas suaminya itu.
"Buat yang berkenaan, laporan polis telah dibuat. Saya terpaksa kerana tidak mendapat kerjasama dari dot dot dot... Siapa? Biarlah saya rahsiakan dulu buat masa ini ya," ujar Abby di laman sosial berkenaan.
Dalam pada itu, Abby turut menyatakan dirinya sudah pun memberi peluang dan ruang kepada individu terbabit, namun panggilan yang dibuat dan mesej yang dihantar tidak berbalas.
Mungkin benar ia ditujukan buat Farhan atau sebaliknya? Pastinya masalah terbabit serius dan besar sehingga laporan polis telah difailkan oleh bekas pelakon drama "Gerak Khas" ini.
Walaubagaimanapun, semoga masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan diharapkan Abby bersabar dengan dugaan yang datang terhadap dirinya yang kini berstatus ibu tunggal.Sumber