Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday 6 March 2014

SEMPENA MALAM JUMAAT YANG BARAKAH INI, MARI KITA BERDOA UNTUK ANWAR IBRAHIM !


Masa aku kecik kecik dulu mak aku selalu kata, berdoalah banyak banyak malam Jumaat, insyaallah Tuhan makbul doa kita. Maka akupun berdoalah. Mintak panjangkan umur mak bapak aku, mintak lulus periksa. Sampai sekarang aku percaya berdoa malam Jumaat ni memang bagus.


Malam ini aku nak ajak korang sama sama berdoa mudah mudahan Anwar Ibrahim teruskan prosiding di Mahkamah Rayuan. Kes rayuan pendakwaraya terhadap keputusan sebelum ini yang bebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Saiful.

Dah banyak kali tangguh. Macam macam hal dijadikan alasan. Nak gugurkan Shafie Abdullah sebagai Pendakwaraya pun tiga kali mintak mahkamah gugurkan.

Semalam Datuk Mat Zain Ibrahim sahabat Anwar buat laporan polis terhadap Shafie Abdullah kerana dikatakan berbohong di mahkamah pada tahun 2012. Korang bayangkanlah, 2012 baru sekarang buat laporan polis.

Laporan pulak tu dibuat di Balai Polis Batu 14, Hulu Langat, Kajang...Ini aku rasa sebahagian daripada usaha nak cemarkan wibawa Sfafielah kot..

Kita doa mudah mudahan Anwar tak cari jalan nak bertangguh lagi. Sebenarnya benda ni serahkan kepada Allah Taala. Allah maha adil, kebenaran akan timbul akhirnya.

Aku bukan apa. Selagi benda ni tak selesai selagi itulah Saiful menunggu. Tak kan nak dibiarkan Hamba Allah ini hidup dalam keadaan tidak menentu? Anwar aku tengok macam tak ada apa apa berlaku. Siap nak jadi MB lagi.

Lagipun sejak cerita ' liwat ' ni dah banyak kes liwat lain berlaku. Bebudak umur belasan tahunpun meliwat. Macam kita pulak promosi perlakuan mungkar ni.

Jadi kita doa biar semua berjalan tanpa gangguan. Keputusannya kita serahkan kepada Allah...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...