Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday, 20 March 2014

BUAT RUGI JER WAN BRO MATI MATI BERTANDING NAIB KETUA PEMUDA !


Secara peribadi aku tak kenal Azwan bin Datuk Harun. Dia dah tentulah tak kenal aku.

Tapi bila berlaku pemilihan UMNO tahun 2013, nama Pemuda ini menjadi percakapan umum sebab untuk pemilihan Pemuda UMNO yang lalu, calon dan ' orang orang ' calon bekerja jauh lebih kuat berbanding semasa nak menghadapi PRU 13.

Aku tak nak mengulas bagaimana tokoh ini akhirnya dinobatkan sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO. Dah tentu ramai orang tidak mahu perkara ' buruk ' ini diungkit lagi.
Tapi aku mahu menyebutkan sesuatu yang mungkin orang lain tak akan sebut. Aku rasa setakat ini tiada apa apapun yang telah 'berjaya' dilakukan oleh Azwan.

Berjaya bagi pejuang parti ialah memenangkan parti dalam pilihanraya. Azwan memang seorang pejuang. Di Perak aku tahu ada banyak perkara telah diperjuangkan sehingga dikatakan Azwan amat ' diperlukan ' oleh UMNO Negeri termasuk Menteri Besar.


Aku yakin Azwan adalah gandingan tepat Khairy Jamaluddin sebab aku nampak Azwan sentiasa 'bersedia ' mengiringi Khairy ke mana mana. Tapi itu tentu tak cukup.
Memenangkan parti pada PRU 14 kerjanya bermula sebaik sahaja keputusan PRU13 diumumkan. 
Bagaimana nak menangkan parti? Tiada cara lain selain menambah pengundi. Itu sahaja, tiada lain. Benda benda ini patut diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UNMNO kerana umumnya pengundi baru  adalah anak muda. Aku tak nampak ini telah dilakukan.

Aku dengar banyak cakap cakap di Kajang. Azwan dan kawan kawannya turut sama berada di Kajang membantu pemimpin tertinggi parti yang turun ke sana. Bantu bagi maklumat semasa dan terkini sebab itu Azwan kena selalu berdamping dengan mereka.

Aku sebenarnya bimbang. PRU 14 jauh lebih dahsyat daripada PRU 13 sedangkan tiada apa apa ' berlaku ' dalam team yang sewajibnya berada di barisan paling hadapan.

Ada satu lagi aku sangat bimbang. Semalam Azwan mengadakan sidang media khusus untuk mengkritik calon PKR yang memfitnah SPR. Berapi dia menghentam Wan Azizah, buktikan betapa teruknya Wan Azizah.

Aku nak bagitau korang. ' Benda ' ini berlaku dalam sidang media( sahaja ) yang aku rasa langsung tak ada kesan terhadap undi. Aku nampak Azwan sangat mesra media. Baguslah . Ini mungkin cara untuk ' menangkan ; Azwan lagi selepas ini tapi aku nak ingatkan Azwan, ini tak akan menangkan parti.

Akhirnya kalau ada ; juak juak Azwan yang terbaca catatan ini, bagitaulah dia. Tak guna jadi Naib Ketua Pemuda hatta Ketua Pemuda sekalipun jika akhirnya parti terjunam.


2 comments:

  1. Terima kasih. Ingatan yang baik untuk dijadikan panduan

    ReplyDelete
  2. Sorry to say, budak ni memang tak mampu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...