Boikot Barangan DAP
Sunday, 9 March 2014
MENGURUS KRISIS, KITA BERADA DI ATAS TREK !
Semua orang berharap agar semua penumpang dan krew yang berada dalam Pesawat MH 370 yang sehingga kini masih belum kita temui berada dalam keadaan selamat dan dapat kita temui akhirnya.
Kita sedang berada dalam keadaan krisis. Sebagai rakyat khasnya kita yang berpeluang berkongsi maklumat melalui apa apa media sekalipun, wajarlah menyedari bahawa krisis berlaku tanpa sebarang petanda awal mahupun perancangan.
Oleh yang demikian sudah tentu kita bukan sahaja berdepan dengan cabaran mencari pesawat yang hilang tetapi kita juga perlu menjawab banyak pertanyaan daripada kaum keluarga, negara negara terlibat dan sebagainya.
Lebih menyukarkan juga apabila ada sekumpulan manusia dalam negara kita yang berniat jahat mahu menangguk di air keruh sambil berusaha mengaut keuntungan daripadanya.
Di celah celah kehangatan dan keresahan ini sesuatu yang dapat kita pastikan ialah kerajaan kita telah melakukan hampir segalanya yang termampu. Aku anggap Kerajaan telah berjaya melakukan apa yang sepatutnya dibuat.
Menjalin hubungan antarabangsa, menggerakkan seluruh agensi, membantu kaum keluarga daripada segala sudut sehingga menyusun program program keagamaan.
Aku yakin selepas segala usaha ikhtiar ( sekali lagi ) mari kita terus berdoa dan berharap.
Sesuatu yang menjadi perhatian umum sekarang ialah orang yang paling ke depan dalam memimpin kita menghadapi masa sukar ini. Kebetulan DS Hishamuddin adalah Pemangku Menteri Pengangkutan dan Menteri Pertahanan.
Kedua dua Kementerian yang bertanggungjawab langsung menangani situasi ini. Dan umum mengakui DS Hishamuddin setakat ini nampak amat berjaya memikul amanah berat ini.
Kepantasannya membuat keputusan dan melaksanakan tindakan menyatukan segala tenaga yang ada dapat dilihat dengan jelas. Beliau juga amat tenang menjawab soalan wartawan dan ahli keluarga mangsa yang kadang kala agak keras dan provokatif.
Setakat ini dikatakan banyak masa dihabiskan oleh DS Hishamuddin untuk bertemu pelbagai pihak bagi mempastikan operasi berjalan dengan lancar dan berakhir dengan baik. Dan yang amat kita hargai ialah ketenangan beliau mendepani pembangkang yang sengaja memperlekeh dan meremehkan usaha yang telah kita lakukan.
Ramai juga Menteri Kabinet yang sama sama turun memberikan sokongan moral.
Ini masa sukar, kita sedang dan akan terus mencuba. Dalam masa yang sama mari kita menyerah diri kepada Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya dan kawan kawan juga berpendapat Hishamuddin memang berbeza dari dulu. Nampak berwibawa dan meyakinkan. Kita sama sama tolong berdoa. Itu je yang boleh kita buat. Semoga usaha Hishamuddin akan diberkati Tuhan
ReplyDeleteJangan hiraukan tohmahan pembangkang. Mereka tak berhati perut. Tak kena anak beranak sendiri. Teruskan Datuk Seri, biar mereka dengan politik longkang mereka !
ReplyDeleteDalam keadaan seperti sekarang, maklumat mesti tepat dan diberikan tepat pada orangnya. Penyebaran maklumat palsu akan menjejaskan usaha mencari dan menyelamat. Mohon orang ramai bertenang dan elakkan daripada percaya khabar angin.
ReplyDeleteDulu aku ingat Datuk Hisham ni lemah, sekarang bila dag teruji nampak keupayaannya
ReplyDeleteYakin dengan usaha yang kita lakukan. Moga Tuhan menolong kita
ReplyDeleteTeruskan berdoa. Teruskan solat hajat, Allah merahmati kita insyaallah
ReplyDeleteAngkatan Laut Amerika berpandangan Kerajaan Malaysia melakukan usaha cemerlang. Teruskan usaha, jangan berpatah harap
ReplyDeletePakar menyatakan MH 370 seakan hilang ditelan angkasa. Tapi usaha mencari dan menyelamat wajib diteruskan dan kita berserah kepada Allah Ta'ala
ReplyDeleteKekalkan usaha, elakkan daripada menuding jari sesama kita. Jika ada kelemahanpun bukan ini masa untuk salah menyalah...
ReplyDeleteDS Hishamuddin telah laksanakan tanggungjawabnya dengan berkesan. Kaum keluarga lega dengan pendekatan beliau. Inilah pemimpin, sentiasa memberikan harapan
ReplyDelete