Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday, 4 March 2014

SELEPAS 20 TAHUN SOALAN INI MASIH GAGAL DIJAWAB !


Aku dengar antara nama yang paling kerap disebut di Kajang dalam kempen Pakatan ialah nama Tun Mahathir Mohamad ( Tun M ). Tun M macam mimpi ngeri kepada Pakatan. Dua tiga patah perkataan Tun M, berminggu minggu Pakatan membalas. Tak cukup pemimpin Pakatan, ajak pulak  kawan kawan Anwar Ibrahim masa dalam ABIM dulu. Bijik buahnya menghentam Tun M jugak.

Lelaki ini amat istimewa. Begitu lama meninggalkan Kerajaan dan Parti UMNO, namun ketakutan pembangkang terhadapnya tidak berkurang walaupun sedikit. Penghormatan kepadanya semakin lama semakin tinggi.

Berbeza dengan Nik Aziz. Satu ketika dilambung lambung, dilonjak lonjak bahkan sehingga dianggap keramat. Seliparnya dicuri untuk dapatkan keberkatan. Belum sampai setahun meninggalkan jawatan MB Kelantan tapi masih Mursyidul Am PAS namun ia seakan sudah ' tiada '.

Tiba tiba muncul gelombang di dalam PAS yang mendedahkan retak retak dalam PAS 
Kelantan adalah kerana kegagalan Nik Aziz mentarbiah pelapis. Bahkan ada dalam kalangan PAS sendiri menyatakan melantik Ahmad Yaakob sebagai Menteri Besar adalah antara bukti kelemahan Nik Aziz.

Aku pulak menganggap Nik Aziz dan PAS hakikatnya telah gagal segagalnya apabila sampai sekarang tiada seorangpun dapat menjawab soalan Tun M, " Mengapa Hudud Pas Kelantan menghukum secara tidak adil. Untuk orang Islam lain untuk orang bukan Islam lain pula hukumannya?".

Aku tak taulah kalau korang ada dengar penjelasan PAS. Aku tak pernah dengar dan nak jugak tahu kenapa...dah lebih 20 tahun ditanya, tak kan tak de jawapan. Bukankah salah satu sebab mengapa Allah anugerahkan Islam ialah kerana ingin menjawab banyak persoalan manusia.

Tolonglah...sesiapa. Jawablah soalan Tun M ini. Usah jawab dengan menuduh Tun M macam macam pulak. Cuma aku nak mintak tolong...jangan suruh tokoh di bawah ini menjawab sebab aku pasti jawapannya akan malukan orang Islam nanti...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...