Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 9 March 2014

DUA ORANG SUSPEK PENUMPANG PALSU TELAH DIKENALPASTI !


Terkini dilaporkan bahawa dua orang penumpang yang menaiki pesawat MH 370 yang hilang sewaktu dalam penerbangan dari Malaysia ke Beijing telah dikenalpasti.

Datuk Seri Hishamuddin Hussein memaklumkan kepada wartawan bahawa kedua dua individu ini telah dapat dilihat dalam rakaman CCTV dan maklumat lengkap mereka telah diserahkan bukan sahaja kepada pasukan penyiasat negara bahkan telah diserahkan kepada badan penyiasat antarabangsa.

Penemuan terbaru ini dijangka akan memberikan sedikit petunjuk awal tentang apa yang sebenarnya berlaku. Sehingga artikel ini ditulis, kehilangan ini masih menjadi misteri dan segala usaha sedang giat dilakukan bagi mengesan, mencari dan menyelamat semua mangsa.

Dalam pada itu Ketua Polis Negara memberi peringatan kepada semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang berita yang boleh mengganggu penyiasatan dan menimbulkan suasana lebih sukar kepada usaha menyelamat. Tindakan tegas akan diambil bagi menangani sebarang perbuatan khianat dan tidak bertanggungjawab.

Sebagai orang yang sama sama mengikuti perkembangan ini sekali lagi, mari kita terus berdoa dan berharap agar semua penumpang dan kakitangan pesawat dapat ditemui dalam keadaan selamat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...