Boikot Barangan DAP
Saturday, 8 March 2014
MH 370 - PETANDA AWAL DIPEROLEHI, MARI KITA TERUS BERDOA...
Aku mendengar laporan terkini AWANI 501, bahawa pesawat yang melakukan usaha mengesan dan mencari Pesawat Boeing MH 370 telah menemui sesuatu yang boleh dijadikan sebagai panduan dalam usaha mengesan tersebut.
Dikatakan tumpahan minyak dilihat sepanjang 20 KM di Perairan Vietnam. Ada kemungkinan tumpahan minyak ini adalah dari pesawat yang berkenaan. Namun tiada pengesahan diperolehi daripada mana mana pihak berwajib.
Dalam kita bersedih dan bersimpati, kita juga menyedari bahawa sikap antarabangsa yang kita amalkan selama ini telah menyebabkan kita menerima pertolongan serta merta. Vietnam, Cina, Singapura, Hong Kong telah memberikan bantuan mencari.
Kita juga hakikatnya perlu bersyukur kerana dalam mengurus krisis yang mengejut ini kita mempunyai segala aset yang diperlukan dan boleh digerakkan dalam kadar yang sangat cepat.
15 pesawat telah terbang ke kawasan ' jangkaan' manakala dua kapal TUDM juga telah sampai ke Perairan Vietnam.
Paling berharga ialah apabila seluruh agensi yang terbabit berada dalam keadaan siap siaga dan pantas menerima arahan Pemangku Menteri Pengangkutan.
Akhirnya mari kita berdoa dan berharap, agar semua yang terlibat dipelihara ALLAH.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Usah berhenti berdoa. Allah bersama kita
ReplyDelete