Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday 18 February 2014

JAHIT LIDAH UNTUK KEKAL KURUS !


                                                          Maya Nava, Ratu Venezuela

Walaupun sudah berbelanja sebanyak 7000 USD, untuk pembedahan hidung dan membesarkan payudara bagi memungkinkannya menjadi Ratu Venezuela, namun Maya Nava masih tak berpuashati.

Beliau menjahit pula plastik dilidahnya sebagai usaha supaya beliau kekal kurus !

" Ia menyebabkan saya turun berat badan dengan cepat", katanya dalam sebuah rancangan TV BBC3, Extreme Beuty Queens : Secrets of South Amerika.

" Anda makan benda yang sama tapi dalam bentuk cecair", katanya lagi.
Selain Maya ada beribu lagi gadis remaja gila gila nak jadi Ratu Venezuela.
Kenapa ?

Ia memberi jaminan kepada mereka dan keluarga mereka. Mereka akan dapat keluar daripada kancah kemiskinan dan dapat hidup lebih senang. Bahkan mereka dapat keluar daripada ' kawasan miskin' di negara mereka.


Kenapa cerita ini aku tulis ? Sebab di negara kita sesiapa sahaja boleh keluar dari kancah kemiskinan jika mahu berusaha dan gigih. Melalui pendidikan misalnya. Kalau nak berniaga, bertani dan macam macam ikhtiar lagi.

Tahun 70an dulu melambak orang Melayu miskin, kerajaan buka tanah rancangan dan hakikatnya kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan. Inilah bezanya dan inilah yang patut kita syukuri sebagai rakyat Malaysia...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...