Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 2 February 2014

ISTERI DAN ANAK PEREMPUAN HILANG SEWAKTU SUAMI ASYIK BERPESTA !


Jika ada pertandingan isteri setia peringkat kebangsaan, aku ingin mencalonkan Wan Azizah binti Wan Ismail isteri kepada Anwar bin Ibrahim, Ahli Parlimen Permatang Pauh yang juga Ketua Pembangkang Malaysia.

Apa yang tidak ditempuh Wan Azizah sepanjang hidupnya bersama Anwar? Segalanya dihadapi dengan ' tabah ' dan beliau seakan akan pelakon yang diarahkan oleh Anwar, tanpa bantahan.

Aktivis ABIM tahun 80an dan awal 90an tahu apa tanggungan Wan Azizah. Sebahagian daripada teman teman Anwar adalah tempat Wan Azizah mengadu dan mencurah perasaan.

Dr Siti Hasmah juga adalah penasihat tidak rasmi Wan Azizah. Diberitakan semasa dalam kerajaan bukan sekali Wan Azizah cuba berpisah dengan Anwar tetapi atas nasihat Dr Siti Hasmah, Wan Azizah kekal bertahan.

Begitu juga Nurul Izzah. Beliau dikatakan membesar di hadapan kemelut hubungan ibu bapanya. Nurul tahu ibunya menderita.

Namun kedua beranak ini tidak pernah gagal berada di barisan hadapan ketika Anwar berdepan apa jua kesukaran. Biasanya mereka benteng yang ampuh dah berkesan dalam mempertahankan Anwar sehingga kepada perkara yang amat sensitif sekalipun.

Tetapi kedua dua tokoh ini hampir tiada dalam isu melibatkan Anwar , Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. Untuk segalanya mereka akan tampil kecuali dalam kemelut Selangor.

Dikatakan sekarang ini samada Wan Azizah mahupun Nurul, masing masing tidak lagi mahu menjadi alat kepada Anwar. Kita fahami kenyataan, Nurul Izzah sedang berada dalam keadaan sukar berikutan perkahwinannya yang berantakan.

Tapi kita menantikan kenyataan Wan Azizah, apa sikap dan pendiriannya terhadap konflik antara Khalid Ibrahim dan Azmin, sehingga Anwar terpaksa bertanding di DUN Kajang dan aku percaya akhirnya akan jadi MB>

Wan Azizah tidak berkutik. Tiada sebarang bunyi darinya. Aku jangka Wan Azizah tidak berani keluarkan kenyataan rasmi melainkan setelah Anwar keluarkan arahan.

Cuma aku rasa Anwar tidak berani nak lebih lebih sebab Wan Azizah tahu siapa Anwar sebenarnya.

Cara terbaik, eloklah Wan Azizah dan Nurul Izzah duduk senyap. Redha sebab Anwar bukan orangnya yang mahu diajak berunding.

Wan Azizah dan Nurul Izzah duduk diam diam. Anwar tengah beria ia nak mengekal kan DUN Kajang, dan dia sendiri jadi calon.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...