Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday 4 February 2014

ROGOL BUDAK 5 TAHUN...?


Berita ini tak pelik dah. Boleh kata tiap tiap hari kita dengar berita macam ini.

Budak 10 tahun dirogol, diliwat. Kemaluannya ditoreh dengan senjata tajam.

Pengawal Keselamatan cabul budak 3 tahun...

Pemuda tumbuk ibu...

Penganggur cederakan bapa sendiri...



Pada kita tak kan tergamak nak menyeksa budak budak dan orang tua. Tapi ada orang tergamak. Kenapa ? Bila ditangkap, pihak polis menyatakan ' suspek' berada di bawah pengaruh dadah.

Inilah benda yang aku nak bincang. Satu ketika negara kita mengisytiharkan dadah adalah musuh No 1 negara. Maka dadah disebut NAJIS DADAH supaya kedengaran menjijikkan. Macam ada orang sebut BABI. Jijik dan geli. Tapi sekarang ni orang tak kisah dengan BABI dah sebab DAP dah berjinak dengan Islam Pas.

Pada ketika itu, ada satu unit di Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran, Pejabat Pelajaran ditubuhkan khusus untuk melaksanakan pendidikan pencegahan dadah.

Program bersepadu dilaksanakan di seluruh negara melibatkan Agensi yang berkaitan, NGO, pemimpin dan anggota masyarakat. Sekolah diarahkan buat program pendidikan pencegahan.

Sekarang setau aku dah senyap sunyi. Tak tau apa berlaku. Aku tak dengar dah pertandingan anti dadah di mana mana. PEMADAM pun dah tak wujud kot?


Yang tiap tiap hari didengar dan dibaca, berita macam kat atas tu lah. Menakutkan. Kemudian kita dengar jugak rampasan dadah, berjuta juta ringgit nilainya, berkilo kilo beratnya. Soalnya ke mana dadah ni dihalakan? Sampai bila kita nak berdepan dengan masalah ini? Siapa tokeh besarnya? Kenapa tak selesai selesai?

Aku timbulkan perkara ini sebab Umat Melayu ini selain daripada faktor politik, dadahlah yang akan menghancurkan kita. Pergilah ke pusat serenti, 90% orang kita.

Masuklah kampung kampung Melayu. Kalau tak de anak kampung penagih, luarbiasalah. Boleh dikatakan di semua kampung ada penagih tegar.

Aku nak mintak Menteri berkenaan, jangan abai pembunuh No1 ini. Aku bimbang dadah jugak adalah senjata musuh nak menghancurkan orang Melayu...

Program terancang, tersusun perlu dilaksanakan jika benar kita mahu selamatkan bangsa dan negara ini....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...