Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday 14 January 2014

SEORANG LAGI SPESIS SAIFUDDIN ABDULLAH DIKESAN DALAM SAF PIMPINAN UMNO !


Kita doakan semoga orang macam ini tak lama dalam UMNO atau kerajaan.
Kenyataannya bukan sahaja mengecewakan akar umbi tapi buat orang meluat.

Datuk Razali Ibrahim bekas Naib Ketua Pemuda Malaysia, baru menang Majlis Tertinggi dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Bukan calang calang jawatannya. Tapi bila dia harap Tian Chua dan Mustafa Ali berterima kasih kerana jiwa besar UMNO, aku rasa dia ni nak sangat kelihatan budiman, baik hati. Macam Saifuddin Abdullah, sporting.


                     Berpakat meruntuhkan parti, seorang dari dalam seorang dari luar.

Untuk pengetahuan pemimpin UMNO, penyelesaian luar mahkamah terhadap kes saman fitnah Tian Chua dan Mustafa Ali ini amat menecewakan ahli UMNO. Ahli UMNO mahu lihat orang yang hari hari fitnah UMNO, tohmah UMNO dikenakan tindakan.

Sebab orang UMNO di bawah dah tak larat nak jawab tuduhan tuduhan ini dari pengikut Pakatan peringkat bawah. Bila UMNO saman, maka kita lega. Biar mahkamah buktikan UMNO tidak bersalah dan tidak seperti yang disebut.

Razali bangga dengan ' keterbukaan'  UMNO. Adakah orang Pakatan akan hormat keterbukaan itu ? Dah tentu tidak. Mereka selepas ini akan jadikan penyelesaian luar mahkamah ini sebagai senjata , tikam UMNO balik !

Yang kekal kecewa, akar umbi. Rasa macam dipermainkan oleh pemimpin. Masa UMNO failkan saman, kita rasa terangkat, bangga kerana sampai masa kita tegakkan kebenaran. Tapi tengah terangkat itulah UMNO tarik balik saman !

Korang percaya cakap aku..benda benda gini akan berulang ulang lagi. Sampai akar umbi jadi patah hati dan lari tinggalkan UMNO yang dipimpin orang orang budiman yang lemah !


4 comments:

  1. Umno sedang menunggu noktah !

    ReplyDelete
  2. Setuju bro..kita akan 'mati' kerana keterbukaan yang entah apa-apa ini.

    ReplyDelete
  3. Aku ni sejak kecil dah bergelumang dengan UMNO. Kasih kepada UMNO tak berbelah bahagi. Tapi sekarang aku sangat kecewa dengan pemimpin UMNO. Nampak sangat lemah, tidak berdaya dan dah tak ada apa yang boleh dibanggakan.

    ReplyDelete
  4. anti-Otak Kepala Lutut19 March 2014 at 19:29

    Razali, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. FAhamkan pribahasa melayu ni betul-betul. Kalau tak faham jugak, keluaq dari barisan kepimpinan UMNO. Bagi kat mereka yang faham...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...