Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday, 26 January 2014

PATUTLAH ZAHID AMAT BERLEMBUT DALAM BANYAK ISU !


Sekonyong konyong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri diberitakan respond kepada saranan Anwar Ibrahim agar diwujudkan Permuafakatan Nasional bagi menangani pelbagai isu antara agama dan kaum di negara kita.


Aku sebenarnya tak dapat mendengar secara tepat apa maksud Anwar ataupun Zahid tapi kepantasan Zahid menyeru pemimpin UMNO supaya menyahut keterbukaan Anwar menyakitkan hati aku dan hati ramai orang Melayu.

Hang dah buat macam macam, kalimah ALLAH, perlekeh Institusi Raja, Hina Islam, perlekeh pemimpin kita kemudian hang nak bagitau jom kita berpakat, jom kita berunding !

Dan orang yang berada pada kedudukan patut dan boleh laksana undang undang tapi tak laksanakan, tiba tiba bersetuju dan kata baguih pulak dah.

Ini bukan cerita berpakat tak berpakat. Ini cerita ada sekumpulan orang atau seseorang dah langgar undang undang dan dalam masa yang sama menghina dan menjatuhkan maruah Islam dan Umat Melayu.

Bolehlah kalau nak juga ' berbaik baik' dengan Anwar Ibrahim tapi Menteri Dalam Negeri kena rawat dulu luka hati Umat Melayu yang telah tercalar. Penawarnya hanya siasat, tangkap dan hukum. Lepas itu ' berpakatlah' !


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...