Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday 10 January 2014

SEBAHAGIAN DARIPADA MATLAMAT KRISTIAN TELAH TERCAPAI !


Aku percaya bila puak Kristian di Malaysia beria ia mahu menggunakan Kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu, mereka bukan sekadar mahu melakukan usaha mengkristiankan Umat Islam.

                                            Paderi Lawrence Andrew

Mereka mahu memecah belahkan Umat Islam kerana perpecahan ini pasti akan melemahkan Umat Islam, Orang Melayu. Bila ini berlaku, maka usaha menakluk Tanah Melayu pasti menjadi lebih mudah.


                                    Tan Seri Harussani, Mufti Perak

Tanda tanda perpecahan dah makin jelas. Kita tak payah fikir pasal PAS.Dia dah tentu lama kena jajah, kena takluk. Tak de maruah dah pun.

Kita bercakap tentang kita yang masih berada dalam lingkaran yang sama. Semalam aku dengar Mufti Perak dah bantai Jamil Khir, kata Jamil Khir tak berani, suruh letak jawatan.

Aku nak mintak supaya kita semua jelas apa yang berlaku. Ini bukan sekadar isu agama. Ini lebih kepada isu keselamatan negara. Undang undang sedang dipermainkan oleh sekumpulan minoriti dan majoriti tak berupaya apa apa.

Aku nak cadangkan pihak berwajib, khasnya Menteri Dalam Negeri, usah lagi asyik beretorik. Rakyat khasnya Umat Melayu Islam dah mula menyampah dengan Menteri ni.

                                               Menteri Dalam Negeri

Keluarkan arahan, tangkap sesiapa yang mainkan isu ini. Tak payah amaran, gempaq sana sini. Kalau dibiarkan berlarutan, keadaan akan jadi lebih parah. Parah bukan maknanya orang Melayu Islam bangkit lahirkan kemarahan tetapi parah kerana perpecahan Melayu Islam akan bertambah serius.

Manakala yang rasa amat marah kepada Kristian akan melihat Kerajaan UMNO tidak lagi mampu menjaga maruah Islam. Hilang upaya.

Segalanya bergantung kepada Menteri KDN, DS Ahmad Zahid. Usah letakkan beban ini atas kepala Jamil Khir semata mata. Umat Melayu Islam sedang tunggu. Janganlah sampai orang rasa betapa silapnya mengundi UMNO/BN...


4 comments:

  1. Hikmah di sebalik semua ini ialah kita orang Islam boleh bersatu. Ini masanya. Sewaktu maruah kita tercabar dan dijatuhkan.

    ReplyDelete
  2. Kegagalan Kerajaan BN menggunakan kuasa yang ada akan menyebabkan Kerajaan BN gagal mempertahankan kuasa.

    ReplyDelete
  3. akta apa boleh dikenakan ke pada mereka ?

    ReplyDelete
  4. Akta hasutan yang paling berkesan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...