Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday, 12 January 2014

SELEPAS KOMA LAPAN TAHUN, PEMANGSA INI AKHIRNYA MATI !


Semalam 11 Januari 2014 adalah hari terakhir bagi salah seorang manusia paling kejam dalam sejarah manusia moden iaitu Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel.

Sharon mula koma ( tidak sedarkan diri ) sejak 4 Januari 2006 akibat pendarahan teruk di otaknya. Sebelum itu Sharon diserang angin ahmar sejak Disember 2005.

Perdana Menteri Israel ke 11 itu dikatakan antara Perdana Menteri Israel paling kejam dalam sejarah. Beliaulah yang mengarahkan pembunuhan beramai ramai rakyat Palestin di Kem Pelarian Sabra dan Shatila.

Sharon bertanggungjawab terhadap pembunuhan lebih 3500 orang awam, kebanyakannya wanita dan kanak kanak. Beliau tidak pernah peduli kepada sebarang kritikan, kutukan bahkan rayuan dunia.

Dikatakan Sharon dirawat oleh pakar terbaik. Teknologi yang digunakan adalah terkini dan terhebat. Namun Sharon tetap kaku bernyawa selama lapan tahun.

Aku percaya inilah balasan Allah Taala di atas kekejaman yang dilakukannya kepada rakyat Palestin. Aku juga percaya tempoh lapan tahun itu sarat dengan hukuman dunia ke atas Sharon. Demikianlah Allah mengatur dan menyusun, agar kita terdidik.




1 comment:

  1. Petunjuk ALLAH bagi yang mahu berfikir

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...