Aku yakin ramai kita terlepas pandang atau kurang menganalisis kehebatan Lim Guan Eng sehingga dia boleh memerintah DAP dan Pulau Pinang mengikut selera dan kehendaknya.
Aku yakin Lim Guan Eng akan dapat mengekalkan kuasanya sampai dia mati. Dia jauh lebih hebat daripada bapaknya Lim Kit Siang.
Korang tengok cara dia kendali DAP. Memang sengaja dia langgar peraturan, memang sengaja dia buat salah. Berbuihlah orang mengata , mengutuk. Apa jadi pada dia ? Dia masih Taiko DAP.
Tengok cara dia perintah Pulau Pinang. Berapa banyak dia runtuh kedai dan kediaman orang Melayu dan Orang India. Bahkan yang pertama diruntuhkan ialah gerai penyokong tegar dia sendiri.
Dia usir orang bukan seorang berdua, sekampung ! Ada dia tergugat?
Sedikitpun tidak.
Sewaktu orang Melayu PAS dan PKR melompat lompat marah kerana kerajaan UMNO/BN membazir, semasa orang Melayu PAS dan PKR melalak lalak marah harga barang naik, bahkan sampai buat perhimpunan 31.12, Lim Guan Eng tukar kereta mewah dua kali dalam tiga bulan.
Wow ! Apa kata Melayu PAS dan PKR? Senyap sunyi. Tak sepatah katapun keluar daripada mulut mereka. Mengapa ?
Lim Guan Eng ada kemahiran MENJAJAH tahap tinggi. MENJAJAH sambil
menjadikan orang yang dijajah HILANG MARUAH !
Guan Eng pernah bawak nasi bungkus berbondong bondong bagi Pemuda PAS yang dirikan khemah. Guan Eng pernah edarkan air kepada Unit Amal yang mengawal lalu lintas semasa ceramah.
Guan Eng pernah duduk bersila makan dengan pemimpin PAS .
Sekali dua jer..sekali dua !
Benda benda gitu jer sudah cukup menjadikan Guan Eng KERAMAT di mata PAS dan PKR. Korang janganlah nak mengata DAP kepada orang PAS, silap silap kena penamparlah !
Guan Eng pakar psikologi manusia. Dia tahu Melayu PAS dan PKR sangat ghairah dengan penghormatan dan pengiktirafan. Sekali jer Guan tunjuk hormat dia, orang PAS sanggup mati kerananya.
Aku yakin sangat, di belakang orang orang PAS, Guan Eng dan Cina cina DAP tak pernah yakin dan hormat kepada mereka. Tengoklah bagaimana PAS dilayan di Pulau Pinang.
Jadi aku nak sarankan kepada orang UMNO, abaikan Lim Guan Eng. Tak payahlah nak cerita banyak tentang dia. Baik jaga kerusi Melayu di Pulau Pinang.
Aku yakin dan percaya, kalau UMNO P Pinang tak beringat...UMNO akan jadi sejarah di Pulau Pinang dan sampai kiamatlah DAP akan beraja di sana!
No comments:
Post a Comment