Boikot Barangan DAP
Wednesday, 22 January 2014
POLITIK KOGNITIF, AFEKTIF...MENJAWAB KEBIJAKSANAAN MEMAAFKAN TIAN CHUA !!
Aku baca banyak pandangan, bersembang dengan ramai orang Melayu samada mereka aktivis UMNO atau sekadar penyokong. Kesimpulannya semua kecewa apabila UMNO memilih untuk memaafkan Tian Chua berhubung kes saman peristiwa Lahat Datu.
Setelah mendapat kritikan dan tekanan daripada banyak pihak maka Peguam UMNOpun tampil memberikan penjelasan. Ada juga blogger otai yang aku respek menyiarkan penjelasan ini. Mungkin mahu mendidik barangkali....
Tentulah peguam seorang yang bijak. Apatah lagi ia mewakili sebuah parti besar seperti UMNO. Aras kognitifnya jauh mengatasi kita khasnya di akar umbi.
Tapi aku ingin mengingatkan sesiapa sahaja yang berada pada kedudukan boleh buat keputusan, usah kerana ketinggian aras kognitif itu sampai merendahkan pulak keupayaan berfikir orang UMNO di bawah.
Isu ini bukan persoalan kognitif. Ini persoalan afektif yang melibatkan kemarahan, kekecewaan, rasa diperbodoh, rasa diperlekeh dan sebagainya. Pada masa orang UMNO mula bangga, UMNO mahu bertegas, tiba tiba mereka sorot ke belakang kerana Tian Chua jauh lebih bijaksana.
Peristiwa kangkung adalah bukti bahawa politik di Malaysia bukan politik kognitif. Kita jadi kelam kabut sangat kerana pejuang maya pembangkang begitu rendah kognitifnya menjadikan ' ranting ' sebagai isu. Dan lihatlah bagaimana pula keberkesanan mereka memainkan afektif para penyokong sehingga Perdana Menteri sendiri terpaksa membuat penjelasan.
Keadaan ini telah berlaku lama. UMNO percaya rakyat rasional dan mahu berfikir sendiri sehingga banyak perkara tidak diperjelaskan. Pembangkang merebut kesempatan ini dengan pelbagai isu afektif dan mereka semakin berjaya.
Sebahagian daripada penipuan Anwar Ibrahim sangat tidak logik, tidak munasabah. Tetapi logik ialah persoalan kognitif, kognitif nampaknya tidak berkesan dalam politik.
UMNO mesti jelas bagaimana harus menawan rakyat. Sesekali pemimpin kena menyelami hati nurani orang di akar umbi supaya dapat dirasai kehendak mereka.
Anggaplah diri sendiri amat bijak, rasional. Tapi apa guna kebijaksanaan jika lepas satu satu negeri tergadai kepada pembangkang ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sokong, sokong, sokong..
ReplyDeletePembangkang sangat memiliki satu cara yang begitu tulin dan bergaya pantas dan berkesan, walau pun ia sangat menjijikan dan meloyakan pada pandangan rakyat biasa, tapi rakyat sudah biasa dengan kekotoran ini dan yang menjijikan adalah benda yang sedap, gerai ditepi longkang,kebersihan taraf "B" masih boleh diterima,lori pasir yang menabur kerikil disepanjang laluannya.lori sampah menabur sampah disepanjang jalannya dan banyak lagi perkara yang sengaja dilakukan dan undang undang sengaja dilanggar siapa kah mereka ini yang sangat berkuasa dan rakyat dapat melihatnya setiap hari dan bila masa sahaja.dimanakah penguatkuasa nya ? sebenarnya rakyat benci semua ini. TONTO boleh sewenang wenang nya mengekokori JPJ dan lain-lain majlis penguatkuasaan, apakah ini tidak meloyakan, apakah kita perlu mengikuti dan patuh kepada kartel atau mafia baru ini. ches pantang melayu dibuat begini, ches melayu hanya gah bila bersilat digelanggang tapi bila diluar gelanggang hancus. Semua ini adalah pelajaran yang dipelajari tanpa belajar, ia percuma dan dan sangat berkesan untuk membenci kerajaan.. ayuh fikir fikirkan lah..
ReplyDeleteUMNO perlukan pasukan yang jujur dan ikhlas berjuang untuk parti. Majlis tertinggi mungkin boleh mengepalai gerakan menawan rakyat. Kita telah biarkan kebencian terhadap UMNO dan kerajaan meluap luap. Pilih aktivis peringkat akar umbi sebagai sebahagian daripada jentera. Kadangkala UMNO dan kerajaan menggunakan tenaga pakar tetapi hakikatnya mereka hanya menguasai teori. Mereka tidak terlibat di bawah dan gagal merasa denyut nadi rakyat. Kesannya mereka melaporkan wayangan, indah khabar dari rupa.
ReplyDeleteAKU RASA KITA TIDAK BERADA DALAM KEADAAN AMAT KRITIKAL. KITA ADA MASA TAPI JIKA UMNO ATAU KERAJAAN AMBIL SIKAP TUNGGU DULU, SEPULUH TAHUNPUN TAK CUKUP NAK BUAT KERJA
ReplyDelete