Sebenarnya aku tak kenal RBF. Yang aku tau dia ni blogger hebat. Memang aku rajin baca tulisan tulisan dia sebelum ini. Cuma dua arikel dia yang terbaharu telah menunjukkan sisi lain dirinya yang selama ini aku tak perasan.
Aku tak terkejut sangat jika RBF mengkritik A Kadir Jasin yang memang agak keras sikap dan pemikirannya terhadap Kerajaan dan DS Najib sejak akhir akhir ini. Tapi cara dan roh penulisan RBF berbaur dendam dan bersifat peluru penabur serta ' dibantu ' dengan amat berkesan oleh orang orang yang turut berpencak dalam gelanggang yang beliau buka.
Bukan Kadir Jasin sahaja sasaran RBF, tetapi turut tercangkuk ialah Datuk Johan Jaafar, ironinya mereka berdua sama sama tercampak bila Anwar Ibrahim dipecat. Buruk atau baik mereka sebenarnya telah amat teruji.
Aku jadi terkejut apabila RBF ' menyelak ' Media Prima sebagai alat memukul Kadir Jasin sebab yang terpukul secara serentak ialah Johan Jaafar yang tidak sedikitpun terlibat dalam maksud tersurat RBF.
Maka berbondong bondonglah komen yang kesimpulannya ialah samada A Kadir Jasin mahupun Johan Jaafar sama sama tidak layak mengepalai Media Prima. Maka berlakulah kekosongan. Maka siapakah yang layak mengisi kekosongan itu ? He..he..
Aku tidak mahu mengulas tentang A Kadir Jasin sebab beliau berada di luar kerangka Media Prima. Aku ingin melihat Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima sekarang. Sebelum itu aku kena bagitau korang semua,
Johan tak kenal aku, aku pula hanya kenal hasil karya Johan.
Sesiapa yang terlibat dalam dunia penulisan sekitar tahun 80an dan 90an barangkali terbaca naskah yang Johan hasilkan.
Drama
Angin Kering, Sang Puteri, Asy Syura, Langit Petang
Novel
Warna Tinta, Genta Rasa, Laguku Untukmu
Cerpen
Potret Seorang Anu Sebagai Anu, Pelarian Sang Hero
Sebenarnya Johan juga menulis novel kanak kanak dan banyak rencana dan kritikan sastera. Beliau lama di Dewan Bahasa dan Pusaka sehingga pernah menjadi Pengerusi.
Sebelum dipecat, Johan adalah Ketua Pengarang Utusan Melayu. Eh ! Apa nih ? Aku nak bercakap soal kelayakan Johan untuk berada pada kedudukan sekarang. Sangat luas pengalamannya bukan sebagai penulis bahkan juga pentadbir.
Selepas melihat kepada sebahagian warna warna Johan Jaafar, aku fikir beliau tidak perlu membodek atau mengampu. Tidak perlu.
Cuma kalau nak buat perbandingan di antara Johan dan Kadir Jasin aku fikir sangat tidak cerdiklah. Kalau boleh aku buat analogi mudah, macam Tan Sri Musa Hassan dengan Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Musa Hassan sekarang sesekali tegur kerajaan, Khalid Abu Bakar kalau nak tegurpun bisik bisik. Sebab beliau ' masih bersama kerajaan '.
Johan Jaafar bukan keramatpun. Tapi sebagai pemerhati aku dapat lihat kejayaannya. Korangpun tentu tahu, sejak Johan menjadi Pengerusi Media Prima, TV 3 dah jadi musuh No 1 Pakatan Pembangkang.
Media lain tidak seberani TV 3, misalnya dalam membuat liputan tentang kes liwat Anwar Ibrahim ( contohlah ). Mengapa TV3 jadi berani ? Sebab ia dipimpin oleh orang yang berani juga.
Jadi pandangan aku khasnya kepada sesiapa yang berniat nak pertahankan Kerajaan UMNO, kita mempunyai niat yang sama tapi bila kita lihat, dengar orang lain membuat kritikan, kita jangan cepat cepat hukum orang tu derhaka. Melainkan kita memang ada niat lain aku tak taulah pulak...
Biarlah. Masing masing ada pandangan. Cuma aku tak setuju tukang komen yang sampai menjatuhkan maruah orang, macam orang langsung tak ada jasa.
ReplyDeleteApa pun aku rasa Johan ni payah nak buat apa apa ngan anak2 dia pun. X payah dia bagi kontrak berjuta pun. Anak anak dia dah berjaya dah pun. Sorang jadi peguam. Seorang jadi pensyarah. Seorang lagi pulak jadi producer. Semua lulusan luar negara. Dua lagi masih belajar di luar negara. Harta mak bapak dia pun x habis makan. Semua org di Sg Balang tahu apa Johan buat. Pegi tanye masjid dan surau di sana. Apa yg Johan bagi dan buat. Aku tahu benda ni sebab aku org Sg Balang. Aku juga tahu dia ada tahfiz dan rumah anak yatim......pooorah dan piraaah pd blogger hancing yg dibayar kerana dosa fitnah lebih besar dari berzina. Bertaubatlah.....
ReplyDeleteSaya pernah bekerja dengan Datuk Johan semasa di Utusan. Sederhana orangnya, mudah didekati. Kenapa kita suka sangat tarik orang Melayu turun sedangkan dah ramai orang Cina berjaya dan kaya raya. Kita kena betulkan hati kita baru Orang Melayu boleh maju.
ReplyDeleteHOII !! BERANI HANG NOOO !! HANG KENAI KA RBF TU SAPA ?
ReplyDeleteSaya telah membaca artikel yang ditulis oleh RBF bersama komentar yang tersiar. Kemudian ia tersiar pula di dalam blog lain yang juga tersohor, juga dengan komentar yang pelbagai. Ada juga dikaitkan Yang Berbahagia Tun Mahathir yang mungkin berfungsi untuk memperkukuhkan hujah. Tokoh tokoh yang dibicarakan adalah tokoh besar. Jauh lebih besar daripada penulis blog berkenaan dan yang memberi komentar. Saya percaya sesiapa jua mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Cuma cara bagaimana seseorang dibicarakan secara terbuka pada pandangan saya bukan sesuatu yang sihat apa lagi jika dibuka ruang ' carut dan maki '. Ada akhlak dan budi yang wajib dipertahankan walaupun mungkin ia tidak akan melonjakkan mana mana penulis. Kita pernah melihat ada blogger yang ' hampir lucah' naik begitu tinggi tetapi akhirnya senyap setelah tiada lagi kelucahan...moga kita sama sama dapat belajar.
ReplyDeleteTak usah kata mengata. Tak elok..
ReplyDelete