Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday 10 January 2014

LAWAK JENAKA DARI PERAK !


Agaknya dah memang orang suka sangat pada lawak jenaka. Sigmund Frued yang digelar Bapa Psikologi Moden pun pernah menyatakan bahawa berlawak dan bergelak ketawa adalah satu bentuk terapi jiwa yang amat berkesan.

Tapi ada lawak yang buat orang marah. Contohnya macam kat bawah ni..

Tiada Kenaikan Harga Barangan Di Perak.. Utusan Malaysia- 8 Jan 2014.

 Ipoh 7 Jan,- Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi  dan Kepenggunaan Negeri tidak menerima sebarang laporan atau aduan tentang kenaikan harga barangan keperluan termasuk ais di negeri ini.

Pengarahnya, Mohd Hilmi Mohd Noor berkata, harga barang keperluan didapati masih kekal dan jika terdapat sebarang kenaikan , harga tersebut berada pada kadar yang boleh diterima.

Katanya berdasarkan pemeriksaan setiap hari menerusi Ops Harga terhadap kira kira 250 premis perniagaan di seluruh negeri mendapati tiada peniaga dikesan mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

" Setakat ini tiada aduan daripada orang ramai tentang perkara ini. Jika adapun ia mungkin tidak melampau. Bagi saya kenaikan sekarang ini masih boleh diserap". Katanya ketika dihubungi.

Ulasan Aku - Aku tak berapa nak faham cara berfikir Kementerian ini sebenarnya. Daripada Menteri dan sekarang Pengarah Negeri. Isu kenaikan harga barang ini dah jadi isu nasional dan rakyat sedang marah.

Kalau di negara lain dah berlaku demonstrasi dah. Cuma rakyat kita tak jenis suka berdemonstrasi  . Tapi kalau berlaku pilihanraya aku jangka BN mungkin kalah sebab orang percaya kenaikan harga barang ni kerja kerajaan, kerajaan jadi punca.

Seluruh negara sedang dilanda marah termasuk Perak. Macamana Pengarah Perak boleh kata tiada kenaikan ? Dia duduk dalam gua ke?
Pegawai bekerja ke tidak? Nak sabotaj Kerajaan ?

Atau memang dia nak buat lawak. Kalau betul dia buat lawak, ini lawak bodoh 2014 lah !

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...