Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday, 6 January 2014

KERAJAAN UMNO HANYA BERANI BALUN PENIAGA MELAYU TERUTAMA YANG KECIL KECIL !




Ada orang akan kata ini persepsi. Ini andaian. Tapi aku tak peduli apa orang lain kata. Aku tetap berpandangan bahawa Kerajaan UMNO ini hanya berani nak bertegas dengan peniaga kecil khasnya Orang Melayu.

Tiap tiap malam atau hari media menyiarkan berita kantin sekolah naikkan harga barang. Tiap tiap hari ada pulak para pegawai daripada pelbagai Jabatan memberikan ' amaran'.

Peniaga kantin ni kebanyakannya orang Melayu ( Tak pernah ditunjukkan peniaga Cina pun ). Mereka naikkan harga barang makan yang dijual di kantin sebab harga barangan mentah semuanya naik. SEMUA.


Kenaikan harga pulak bukan sekadar 10-20 %. Naik sampai 50-80%. Kalau semua harga barang naik, minyak dan gas jugak naik, aku tak faham macamana peniaga kecil ni nak hidup?

Kenapa Kerajaan UMNO hanya bertindak kepada peniaga kecil ini? Kenapa tiada kawalan atau sekatan dibuat terhadap pengeluar dan pemborong?

Sebab mereka Cina? Kerajaan UMNO masih nak jaga Cina dan abaikan orang Melayu ?

Apa yang Kerajaan UMNO nak buktikan ? Nak tunjuk hero kepada orang kecil. Aku mintak maaflah. Benda benda gini sebenarnya sedang mengheret UMNO turun, terhentak ke bumi.

Tobatlah aku tak percaya, Kerajaan UMNO jilatlah Cina Cina ini, mereka tak akan sokong lagi. Jangan mimpi. Baik jaga orang Melayu, sebab hidup mati Kerajaan UMNO ini orang Melayu yang nak menjaganya.

Pegawai pegawai Kerajaan UMNOpun, kalau peniaga Melayu cepat jer turun memantau. Peniaga Cina depan batang hidung buat onar, langsung tak berani tak tegur.

Aku ni cakap teranglah. Tak lama dah Kerajaan UMNO nih ! Buatlah zalim sesama bangsa dan kita akan tengok keruntuhan dalam PRU14 nanti.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...