Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday, 16 January 2014

NAMPAKNYA ZAHID BENAR BENAR MEMAHAMI PERASAAN ORANG UMNO !


Tarik saman remukkan hati ahli UMNO

Tindakan UMNO menarik balik saman terhadap Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali bukan sahaja telah meremukkan hati seluruh ahli UMNO dan orang Melayu tetapi penjelasannya juga sangat tidak meyakinkan.

                                        Bukan Zahid Ini...( Jgn harap apa apa darinya )

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia ( Perkasa ),Muhammad Zahid Md Arip berkata, beliau bimbang tindakan itu akan mendedahkan UMNO kepada lebih banyak fitnah yang lebih teruk pada masa akan datang kerana pembangkang menyedari mereka hanya perlu meminta maaf bagi mengelakkan disaman.

Kata Zahid, penjelasan peguam UMNO, Datuk Datuk Mohd Hafarizam Harun sukar diterima kerana jika benar mahu membuktikan keterbukaan UMNO, lebih baik tak payah saman. Biarkan sahaja apa fitnah yang dilemparkan.


                                                            Zahid yang ini..

Kata Zahid " Saya percaya inilah antara detik paling menghancurkan hati seluruh ahli UMNO dan rakyat Malaysia. Pencerobohan Lahat Datu mengorbankan 10 nyawa anggota keselamatan negara dan UMNO difitnah sebegitu rupa oleh Tian Chua.
Apakah hanga nyawa mereka dapat dibayar dengan permintaan maaf ?".

Dalam masa yang sama Zahid meminta pucuk pimpinan UMNO mengambil iktibar dan melihat dengan mendalam kelemahan yang wujud di pejabat parti.- Sumber Utusan 
                                             Musuh luar , musuh dalam !

3 comments:

  1. Peguam hanya jalankan arahan anak guam. Siapa anak guamnya ? Orang ini yang kena pecat...

    ReplyDelete
  2. UMNO tidak akan dikalahkan oleh pembangkang. UMNO akan diruntuhkan dari dalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO kalau lemah sangat orang melayu pun meluat minta maaf selesai kes apa cite????

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...