Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday, 31 December 2013

TERIMA KASIH YB RAZ !


Selamat Tahun Baru 2014. Semoga ALLAH rahmati kita semua. Aku sebenarnya tidak ghairah dengan sambutan tahun baru. Umur makin banyak maknanya bakinya dan makin kurang.

Aku tertarik dengan komen seseorang yang menamakan dirinya Yb Raz dalam artikel aku terdahulu. Dia kata aku blogger Pro Hishamuddin
( DS Hishamuddin Hussein ), Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan.

Aku tabek Yb Raz. Aku tak tau dan tak peduli kecondongannya tapi aku suka caranya. Dia membaca hati perut aku, melontarkannya dan tidak pulak menghukum. Aku rasa dia ni orang cerdik dan hormat pendirian orang lain.

Biar aku terus terang. Aku dah lama memerhatikan dunia politik dan telahan aku selalu betul. Aku bukannya orang terkenal dan Hishamuddin langsung tak kenal aku pun.

Jangkaan aku UMNO/ BN akan kekal memerintah negara sekurang kurangnya untuk puluhan tahun lagi. Pembangkang akan kekal membangkang dengan DAP menjadi unsur dominan.

PAS dan PKR akan sentiasa turun naik kerana mereka tidak pernah jelas dan teguh dengan sesuatu prinsip. Ini berbeza dengan DAP yang dari awal sentiasa dengan perjuangan ' mengangkat Cina dan menjatuhkan Melayu'.

Hishamuddin berumur awal 50an. Beliau antara yang paling lama dalam saf kepimpinan UMNO dan Kerajaan. Laluannya berduri walaupun beliau anak Perdana Menteri dan cucu pejuang kemerdekaan.

Beliau telah teruji dalam kerajaan dan dalam UMNO sendiri. Walaupun sukar, beliau melepasi ujian ujian tersebut dan aku yakin beliau sentiasa belajar. Suka atau tidak kita kena akui betapa sebahagian daripada transformasi UMNO adalah hasil tangannya.

Jika kita bertanya kepada aktivis atau pemimpin UMNO, mereka akan akui Hishamuddin mempunyai pendekatan akar umbi walaupun beliau lahir elit.
Mesra dan tanpa syarat. Mudah didekati dan seorang pendengar yang mesra.

Ini ciri pemimpin alaf baru. Rakyat tidak suka pemimpin yang ' nampak hebat dan berusaha nampak hebat '. Cakap bodohnya, rakyat  suka 
pemimpin bila bersalam genggam tangan, kemudian kelihatan macam kenal kita dah lama.

Orang UMNO tahu inilah ciri ciri Hishamuddin. Sebagai Menteri Hishamuddin sebenarnya melakukan banyak perkara. Cuma imej Hishamuddin tercalar sewaktu menjadi Menteri Dalam Negeri.

Tetapi sekarang segalanya terjawab. Bila Perhimpunan Guling berlangsung juga, orang mula tahu mengambil tindakan bukan semudah membuat pengumuman dalam Perhimpunan UMNO.

Rakyat sedar rupa rupanya sukar mengambil tindakan tindakan tertentu.
Berbanding Hishamuddin, Zahid tidak dikatakan gagal kerana rakyat khasnya orang UMNO sudah mula faham tidak mudah menarik rambut dalam tepung.

Aku mempunyai keyakinan Hishamuddin telah teradun dalam rencah politik pelbagai kaum di negara kita. Menjadi kerajaan ketika pembangkang mempunyai banyak senjata tidak sama seperti menjadi kerajaan dalam keadaan selesa.

Inilah antara faktor mengapa aku ' pro ' Hishamuddin. Aku tahu beliau akan naik walaupun beliau tidak nampak ghairah untuk naikkan dirinya.

Percaya kepada aku, orang yang nampak ghairah sangat nak naik akhirnya tak kan naik. Anwar Ibrahim, Musa Hitam, Tengku Razaliegh adalah antara contohnya. Lihat pulak macamana akhirnya Tun ( Dr ) Mahathir akhirnya menjadi PM dan Presiden UMNO.

Kepada pembaca blog aku, aku nak maklumkan memang aku pro Hishamuddin dan aku tak pernah kecewa atau marah jika ada orang lain berbeza dengan aku. 


5 comments:

  1. Oklah bos, ko punya blog ko punya pandangan. Terus terang senang. Akupun rasa lepas ni Hishamuddin akan jadi PM. Lepas dia Mukriz. Nuar gigit jari sampai sudah !

    ReplyDelete
  2. Terbaik Salatus. Aku angkat topi ngan kamu kerana berterus terang. Aku sangat berharap apa yg kamu tulis tu menjadi kebenaran. Aku pasti ramai sudah x sabar lagi untuk DSN nyah dari bumi tanah Melayu ni.....perosak negara dan pengkhianat negara bukan para NGO penganjur himpunan guling kerajaan TETAPI Najib dan Rosmah serta kuncu kuncunye.
    Termasuk producer filem hollywood tu dan kroni appartment yg baru dibeli di Amerika tu.....133 juta. Maik ooiii.....
    Duit mak bapak dia pun dia x buat camtu....

    ReplyDelete
  3. Saya suka Hishamuddin. Tapi saya tak suka kalau dia naik kerana Datuk Seri Najib terpaksa turun. Saya percaya pada peralihan semulajadi. Sekarang kita beri peluang Datuk Seri Najib. Asalakan jangan DAP, PAS dan PKR. Nau'zubillah.

    ReplyDelete
  4. Assallamualaikum Bro SS,

    Setuju coretan dengan ayat 'salam genggaman tangan' kamu. Antara ciri-ciri orang yang berwibawa dan berkebolehan memikul tugasan yang berat ialah cengkaman waktu bersalam bersederhana kuat tetapi tidak 'mencerut'.

    Bab Tun Dr Mahathir pun 'I concurr'. Dia bukan hanya bertegas dengan pendirian kerana benar, mala sanggup 'dibuang' keluar oleh Tunku AR. Tun Razak bermata 'tajam' dan melihat kilauan Tun Dr M.

    Beza nya sekarang, Datuk Seri Najib dilihat tidak memiliki apa yang ada pada Tun Razak. Andai Melayu-Bumiputera mempunyai pilihan di PRU13, melayu-muslim tidak akan memertabatkan DS Najib yang masih terus-menerus tagih undi cinabeng.

    DS Najib tidak nampak walau dengan 'ALL OUT TSUNAMI' cinabeng, Allah tetap memelihara kerajaan yang diterajui melayu-muslim atau tidak mahu lihat, itu hanya dia yang tahu.

    Andai kepimpinan UMNO tahu meletakkan cinabeng ditempat nya atau lebih baik dikotakkan ie. 'BOXED THEM' masyrakat pendatang ni akan TERPAKSA akur walau tidak RELA. Namun, dengan beredar nya masa mereka akan mengerti rasa 'BERSYUKUR'. Contoh terdekat masyarakat cinabeng Indonesia. Dimana saja aku ketemu mereka keliling dunia mereka tetap dengan BAHASA INDONESIA first, chinese second or 'nought' at all!

    Tercelar nya Datuk Seri Hishamudin pada pandangan aku, tidak perlu 'back-off' selepas insiden mencium keris tu (tapi aku merasa ia lebih 'didesak' oleh seseorang) tapi ada sebab kenapa ianya berlaku. Itu yang membuat cinabeng 'naik tocang'.

    Lagi pula EO dan ISA dimansuhkan sedangkan Singapura dan negara-negara kuasa besar memperkuat kan lagi undang-undang seperti tu.

    Sebagaimana Pak Lah, Tun Abdullah Badawi, DS Najib sebaik dan secepat mungkin mengaturkan peralihan tampuk presiden tu. KPI DS Najib tidak memberangsangkan kalau boleh aku guna-pakai cara dia sendiri mengendalikan kerajaan dan UMNO.

    Pada hemat aku, dah cukup ramai melayu-muslim bijak-pandai, jadi jangan lah anggap coretan berapa kerat ni dimerata blog-blog luahan tak ada makna. Beribu-ribu yang memberi komen banyak yang berkias sebenar nya.

    Last "...never ever underestimate the power of one to comprehend! " bermakna orang-orang kampung dan pendalaman tu ngerti tapi jangan sampai tahap kesabaran dan maruah tercabar sudahlah . Andai tampuk kepimpinan UMNO berfikiran komen orang 'layman' tak ada 'umph' maka saat kejatuhan sudah terlalu dekat.

    Aku cuma ingin melihat Melayu-Muslim maju berjaya dan kekal berkuasa sehingga akhir kalam. Melayu-muslim bagi ku UMNO, itu pun kalau PERKASA tidak membesar!

    Wassalam.

    OM - Melayu Luar Negara

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...