Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 5 January 2014

GEMPARR !!! UMNO IPOH BARAT DAN IPOH TIMUR BUBAR !!


Alhamdulillah. Inilah pengorbanan besar yang dilakukan oleh kedua dua barisan kepimpinan UMNO Bahagian tersebut. Inilah yang ditunggu tunggu selama ini. 

Tapi ini tak kan berlaku. Akupun tak pasti kenapa. Yang nampak pada mata kasar, ramai tokoh tokoh lahir daripada kedua dua Bahagian ini. Ketua Bahagian atau Ketua Pemuda Bahagian masing masing agak popular di peringkat Nasional.

                            Ketua UMNO  Bahagian Ipoh Timur

Aku sengaja mengambil contoh di Perak ini sebab kedua dua Bahagian ini terletak dalam Parlimen Ipoh Timur dan Ipoh Barat yang UMNO pada pandangan aku tak mungkin menang. Tak mungkin.

                        Ketua Pemuda Ipoh Barat, agak mesra media

Sewaktu pemilihan parti, aku dengar kedua dua Bahagian ini antara yang paling aktif dan sibuk di Perak. Maknanya begitu ramai tokoh ingin memberikan perkhidmatan kepada parti.

Apakah perkhidmatan nombor satu kita kepada parti ? Memenangkan parti dalam pilihanraya. Ini paling asas. Hakikat yang wajib diakui oleh kepimpinan dan ahli UMNO Ipoh Timur dan Barat ialah UMNO tidak akan menang di Parlimen ini, macam yang aku kata tadi.

Jadi aku ingin menyarankan agar ahli UMNO di kedua dua Bahagian ini supaya bertukar tempat mengundi bagi menyelamatkan parti. Ada DUN dan Parlimen berhampiran boleh diselamatkan jika UMNO mahu bertindak.

Parlimen Tambun, DUN Sungai Rapat sedang mengalami penghijrahan besar besaran pengundi Cina. Usaha ini dilakukan oleh DAP. Maka sudah tentulah ini penghijrahan pengundi DAP.



Usaha begini dilakukan oleh DAP di seluruh negara. Contoh terbaharu ialah Gelang Patah. Ia tidak berlaku dalam masa sehari dua atau setahun dua.
Ia memakan masa dan perlukan kesungguhan dan kesabaran.

Aku harap UMNO Ipoh Barat dan Timur berjiwa besar. Tak usah seronok memimpin UMNO jika UMNO gagal menjadi kerajaan. Aku percaya ramai pemimpin dari Bahagian Bahagian ini telah menjadi jutawan atau ahli perniagaan berjaya.

Aku mintak maaf tapi aku nampak di bandar bandar pemimpin UMNO menjadikan UMNO sebagai alat bukan matlamat perjuangan. Buktikanlah aku silap. 

Jika berani lakukan gerakan sekarang. Aku yakin Perak dan banyak kawasan lain di negeri lain akan ' tumbang ' pada PRU14 kerana mainan politik Cina. Apa salahnya mencapai matlamat peribadi dan menjayakan matlamat parti secara serentak.

Kita tahu Cina pandai berpolitik, maka wajiblah Melayu punya kepandaian yang sama.


6 comments:

  1. Orang UMNO mesti proaktif. Mulai sekarang buat apa saja yang boleh untuk pastikan kemenangan parti PRU 14. Tak perlu bubar Bahagian, pindahkan pengundi UMNO ke kawasan boleh menang.

    ReplyDelete
  2. Bukan sahaja UMNO di Perak, di semua negeri UMNO tidak selamat. Pengundi UMNO harus bekorban untuk parti. Jika diminta bertukar, bertukarlah. Ini salah satu cara dapat selamatkan parti.

    ReplyDelete
  3. Perlu menjadi gerak kerja dan strategi UMNO setiap bulan mengkaji pertambahan pengundi cina di kawasan majoriti kecil UMNO bagi mengelak kekalahan UMNO dan pertambahan kemenangan DAP dikawasan majoriti melayu. Dengan perpecahan undi melayu, pertambahan sedikit sahaja undi cina boleh menyebabkan UMNO tergolek.

    ReplyDelete
  4. Aku tak percaya pemimpin UMNO pikir benda benda macam ini. Semua setengah mati pertahankan diri sendiri. UMNO entah jadi nombor berapa tak taulah.

    ReplyDelete
  5. umno kena ubah mentaliti dan sikap. letakkan umno didepan, hal peribadi di belakang. Kalau tak korang tunggulah tengok umno berkecai. jangan hanya mahu orang bawah jer berubah. yang di atas macamana?

    ReplyDelete
  6. Gelang Patah adalah salah satu usaha pemindahan pengundi oleh DAP sejak selepas PRU ke 11 lagi. UMNO menyedarinya tetapi tidak ambil endah. Pemimpin UMNO beranggapan bahawa Johor adalah kubu kuat UMNO/BN, tak mungkin DAP boleh ambil alih. Malangnya UMNO/BN lupa dengan pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Akhirnya DAP dapat menakluk Gelang Patah. Usaha DAP adalah berterusan untuk parlimen-parlimen lain. Usaha DAP tidak salah dari segi perlembagaan, maka mereka bertindak kotor dengan cara halal. Mereka bijak berpolitik. Oleh itu untuk mengimbangi kebijaksanaan cina berpolitik, parti politik berteraskan melayu/Islam wajib juga ada otak yang cerdik untuk menang politik. Bukan politik cantas mencantas untuk kesenangan perut sendiri sahaja. Fikirkan melayu dan Islam yang semakin dihimpit di bumi kelahiran sendiri.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...