Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday 20 January 2014

ANEH !! WAJAH LELAKI DI BULAN ! MASYAALLAH !!


Aku membaca sebuah artikel yang ditulis oleh sorang pakar motivasi, Dr HM Tuah Iskandar Al Haj. Artikel bertajuk wajah manusia di permukaan bulan ini termuat dalam buku Membina Personaliti Terbilang .

Menurut artikel ini, pada tahun 1999 heboh diperkatakan tentang wajah seorang tokoh agama muncul dan dapat dilihat di permukaan bulan. Maka gemparlah negara kita dengan kisah ini dan ramai yang berpandangan bahawa tokoh ini adalah pembantu utama Imam Mahdi, bahkan ada yang mengatakan bahawa dialah Imam Mahdi.

Beberapa tahun selepas itu, tokoh berkenaan yang kelihatan semakin ' berkuasa dan berpengaruh ' ditangkap dan pertubuhannya diharamkan oleh Pihak Berkuasa Agama kerana terdapat unsur yang menyeleweng daripada ajaran sebenar.

Wajah yang tergambar di bulan itu satu ketika ' benar benar ' ada dan dapat dilihat.
Mengapa ? Ini adalah disebabkan oleh penipuan yang dilakukan oleh otak secara tidak sengaja. Bila kita kerap kali, selalu, sentiasa memaksakan sesuatu ke atas otak maka akhirnya otak akan sesuaikan dirinya.

Bagaimana ia boleh berlaku..?

Bila kita selalu dengar sesuatu, sentiasa dengar benda yang sama berulang ulang kali, kita lihat benda yang sama berulang kali, kita baca perkara yang sama , sentiasa,
maka akhirnya terbentuklah kepercayaan.

Najib     - Althantuya
Najib     - Rasuah
Najib     - Barang naik
Najib     - Lemah, gagal, lembik, takut bini, takut Cina, 
Najib     - Kangkung, kangkung, kangkung...
Kerap sangat, setiap hari, setiap saat...maka ia jadi melekat di otak kita jadi kepercayaan. 

Inilah kejayaan pembangkang, kegagalan UMNO. Kepercayaan ini boleh diubah. Kita mesti GANTI apa yang orang selalu dengar, selalu lihat, selalu baca. UMNO dan kerajaan mesti ada TEAM yang gheti buat kerja ini.

Najib sendiri MESTI pilih orang yang mahir, tahu bekerja, bukan mahir dan tahu mengampu. Aku malas nak cakap benda ini banyak kali. Cuma aku kena bagitau jugak, kalau UMNO gagal menangkis perang persepsi ini maka bersedialah untuk tumbang pada PRU 14 !


                             Mungkin War Room boleh mainkan peranan ini, mungkin...

3 comments:

  1. Psycho war. Pavlov theory.

    ReplyDelete
  2. Yang aku risau Najib rasa dia ok, tak de masalah. Sebab pegawai dan penasihat dia bagitau" Mana ada problem bos, kamikan ada !". Macam yang pernah Najib alami di Pekan.

    ReplyDelete
  3. UMNO perlukan pemikir. Bukan sahaja bijak dalam perancangan tapi memahami budaya UMNO dari Cawangan , Bahagian, Negeri dan Pusat

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...