Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Saturday, 21 December 2013

PENEMBAK TEPAT !


Tanpa lensa atau lampu limpah...

Aku dengar tokoh ini tidak bercuti sewaktu mendapat rawatan jantung di hospital.Laporan dua puluh empat jam diminta berkaitan banjir besar yang melanda Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor. Arahan langsung juga dikeluarkan dari semasa ke semasa bagi membantu kelancaran bantuan kepada mangsa.

Hasilnya,  sumbangan Anggota Tentera Malaysia menjadi buah mulut bukan sahaja mangsa banjir bahkan seluruh masyarakat Malaysia. Datuk Seri Hishamuddin Hussein dikatakan mesra media tetapi tidak ghairah publisiti.

Aku suka gambar di atas. Sangat ' tajam maknanya '..sangat mendidik jika kita mahu belajar dan berfikir. 

Kita, UMNO dan Kerajaan berada dalam keadaan sukar. Pergilah ke mana mana pada bila bila masa. Jika ada perbualan maka sebahagian daripada perbualan itu ialah cerita tentang kesukaran dan kepayahan hidup rakyat. Dan di atas segala punca, kerajaanlah yang dipersalahkan.

Datuk Seri Hishamuddin adalah pemimpin masa depan. Terimalah kenyataan. Pakej telah dianugerahkan. Lambat atau cepat, hanyalah masa. Aku berada di akar dan kadangkala merangkak ke ranting, aku tahu harapan dan keinginan akar umbi.

Seperti menembak, memimpin juga perlukan beberapa syarat yang sama. Matlamat atau target mesti jelas supaya bidikan kita tepat. Aku mintak maaf, tapi aku harap Hishamuddin ada kesanggupan untuk mengorbankan masa dan tenaga demi agama, bangsa dan tanahair.

Seperti menembak, memimpin juga perlu tumpuan dan fokus yang tinggi. Akan ada gangguan. Barangkali penembak di kiri kanan, mungkin tiupan angin atau mungkin juga gangguan dari dalam fikiran sendiri. Jika pemimpin gagal fokus besar kemungkinan usaha yang dibuat tidak akan berhasil atau tersasar. Aku tak mahu memberikan contoh kegagalan ini.

Seperti menembak, memimpin juga perlukan latihan. Formal atau tidak formal. Aku rasa Hishamddin tidak menghadapi masalah dari sudut ini. Lahir dalam keluarga pemimpin. Aku rasa Hishamuddin menyaksikan dan menghayati kehidupan pemimpin sejak lahir lagi. Dan Hishamuddin juga telah lama teruji sebagai pemimpin.

Aku jangka, Hishamuddin tidak akan menerima amanah negara ini dalam keadaan selesa. Segalanya kian keras dan mencabar. Rakyat sekarang dan di masa hadapan bukan rakyat tahun 60an atau 70an yang serba redha dan menerima apa yang ada.

Pemimpin juga kena mempunyai ' kekuatan ' tersendiri. Kental, teguh dan berani.
Aku percaya selepas beberapa ujian dan latihan , Hishamuddin akan tampil lebih segar, lebih yakin. Rakyat sedang menunggu penawar bagi segala keresahan.










8 comments:

  1. Selamat kembali Dato' Sri !

    ReplyDelete
  2. Semoga pulih sepenuhnya. Aku harap Datuk Hisham dapat melakukan sesuatu untuk memulihkan imej Kerajaan yang pudar sekarang

    ReplyDelete
  3. Selamat Datuk Seri. Terus maju ke depan. Usah lagi menoleh ke belakang. Masa lalu pasti akan menjadi sejarah. Ambil pengajaran daripadanya.

    ReplyDelete
  4. Fokus bro Hisya. Persetan undi tidak popular naib presiden UMNO. You dah menang. Itu fakta. Yang popular pun asyik menyalak nak terus popular apa gunanya. Biarkan yg popular tu dia menyalak anjing PAS pasal syiah......you fokus mangsa banjir. You fokus Melayu bandar yg semakin terhimpit dgn segala mcm kenaikan harga. You fokus membela nasib Melayu bandar yang ramai telah lari dan akan lari dari UMNO. Biarkan Najib dan Naib Presiden popular dia dibuai dgn sambutan riuh rendah dan tempikan 'hidup PM....I love PM'. Ini semua kerja kon-sultan bodoh dan gila yg ada disekeliling Najib.
    Masa akan sampai....kalau masa banjir hari tu, you naik heli dan jumpa semua mangsa banjir bersama dgn ATM.....perghhh, lagi terangkat......

    ReplyDelete
  5. Panglima Teluk, saya bersetuju dengan saudara. Ada orang pandai manipulasi, isu dan keadaan. Maka mudah bagi mereka untuk melonjak naik. Ini semua bersifat sementara. Hisham seorang pekerja parti dan kerajaan. Masa akan membuktikan keupayaannya. Terus bekerja dan berkhidmat.

    ReplyDelete
  6. jelas gaya pondan siam dimalaysia.

    ReplyDelete
  7. Anon 0816 - Hang tak bekenan hang punya pasai, tapi melabel orang dengan apa label pun tak baik. Ia menceritakan hati budi hang...

    ReplyDelete
  8. Anon 08:16 ,
    Aku melihat Datuk Hisham dari pelbagai sudut. Aku melihat potensi dan kekuatannya. Kalau kamu tidak suka, kamu tidak dialu alukan di sini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...