Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday, 3 December 2013

BEREHATLAH DATUK SERI, GENDANG PERANG BELUM DIPALU.


Aku rasa aku boleh faham perasaan DS Hishamuddin Hussein, Naib Presiden UMNO, Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan. Bercampur baur. Badan di hospital, jiwa raga di PWTC.

Perhimpunan Agung UMNO telah bermula. Sebagai bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia sudah pasti Hishamuddin ini berada di dalam Dewan Persidangan Pemuda, berdiri di hadapan mereka. Merasakan apakah perjuangan Pemuda masih berbahang.

Sebagai Naib Presiden UMNO, kita tahu Hishamuddin amat rapat dengan Wanita dan Puteri. Sudah tentu ia ingin menjabat tangan Wanita dan Puteri dan bertukar salam.

Aku harap Hishamuddin bersabar. Penyakit ' sempit arteri ' hanya bahaya jika gagal dikesan awal. Ia akan beri kesan besar kepada jantung. Bersyukurlah Allah berikan signal. Maknanya Hishamuddin akan pulih setelah mendapat rawatan.

Usah bimbang. Sebenar setiap Perhimpunan UMNO penting tetapi aku yakin Perhimpunan tahun ini bukan perhimpunan terakhir sebelum PRU 14. Perhimpunan ini hanya meletak kerja.

Perhimpunan selepas ini mulai 2014 hinggalah 2017 adalah Perhimpunan yang amat penting kerana kita akan menghadapi PRU 14 pada 2018.

Berehatlah untuk tahun ini. Para penyokong amat memahami. Selepas ini aku harap Hishamuddin akan bangkit lebih gagah, kuat demi Agama, Bangsa dan Tanahair.



7 comments:

  1. Saya bersetuju. DS Hishamuddin perlu tabah dengan dugaan ini. DS perlu sihat selepas ini kerana saya nampak DS adalah Perdana Menteri dalam pembinaan. Bila kita sihat, kita akan lebih yakin sebenarnya...

    ReplyDelete
  2. Allah menguji kita untuk mengangkat darjat kita sebagai hambaNya yang terpilih, insyaallah

    ReplyDelete
  3. Perhimpunan UMNO pada bila bila masapun penting. Twtapi kesihatan juga penting sebab selepas perhimpunan ada banyak kerja wajib dilakukan

    ReplyDelete
  4. Mengesan dan merawat penyakit awal amat penting. Banyak lagi transformasi yang perlu dipimpin.

    ReplyDelete
  5. Ada orang buat rombongan nak ziarah Datuk Hisham di hospital, tapi doktor kata tak sesuai ramai ramai berziarah. Harap lepas dah keluar nanti, kita dapat berjumpa Datuk Hisham untuk bertanya khabar.

    ReplyDelete
  6. Peminpin kita terdahulu, Tun Razak dan Tun Dr Ismail menyembunyikan penyakit mereka untuk elakkan rakyat menjadi bimbang. Hishamuddin tidak perlu buat begitu kerana kita ada teknologi perubatan yang canggih, dapatkan rawatan dan terus berkhidmat demi rakyat.

    ReplyDelete
  7. Salah satu unsur penting bagi menjadikan kita berkesan ialah punya kesihatan badan yang baik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...