Boikot Barangan DAP
Friday, 13 December 2013
AKU NI GILA BABI SOKONG UMNO, TAPI BAB INI AKU BERSAMA PAS !
Betul ! Selama ini aku tak pernah ke pasar. Bukan sahaja harga ikan aku tak tau, bahkan jenis jenis ikanpun aku tak kenal. Semua bergantung dengan bini aku. Aku ni apa yang dihidang, aku makan.
Hari ini tiba tiba rasa nak ngikut bini aku. Wow !! Ikan kembung RM 15.00
udang sederhana RM 30 sekilo. Ayam Hassan Malik RM 9.00 sekilo.
Mak datuk !! Lepas pergi pasar, minum kedai mamak. Milo ais RM 2.50 segelas, roti canai kosong RM 1.00.
Ini benda bodoh aku cakap nih ! Tiada pilihan selagi kita bernyawa, kita kena makan. Aku tak nak bercakap benda benda di luar keperluan.
Mana DS Najib hah ! Kata ' orang kampung ' ada dalam hati dia. Turun tengoklah apa yang berlaku di bawah ni. Orang kampung tak tau NKRA, Pendapatan Per Kapita.
Orang kampung hanya tahu, kalau hujan tak dapat menoreh. Kalau tak menoreh, tak de duit. Tak de duit, apa nak dimakan.
Aku nak cakap benda mudah sangat. Benda ni jer modal PAS sekarang ni.
Tak payah cakap tinggi tinggi sebab ini masalah orang kampung sekarang.
Aku cakap teranglah. Orang tak kisahpun kalau Mat Sabu tu syiah. Mat Sabu bukan mengacau dia. Yang nak heboh sangat orang politik. Itupun aku rasa sehari dua ni senyaplah.
Najib kena tengoklah kenaikan harga barang ni. Bukan kata satu dua barang. Semuanya naik. Semua !
Hujan turun hari hari. Seminggu dua ni budak nak masuk sekolah. Orang kampung tengah duduk menung atas tangga, mikir, mana nak cari duit.
Aku nak buat pengumuman kat Najib...Yob mari turun ke bawah. Melambak orang Melayu susah !
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang. Bukan saja orang kampung terasa kenaikan harga barang. Kita yang bekerja tetap turut terasa. Bila beli keperluan sekolah, harganya amat tinggi. Melambung.
ReplyDeleteKenaikan harga barang adalah cara Cina nak sabotaj kerajaan. Kerajaan pulak langsung tak de power. Menurut jer kehendak Cina.
ReplyDelete