Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday, 12 December 2013

HISHAMUDDIN TIDAK HADIR PAU KERANA TAKUT DIBOO ! TEORI SPESIS NIK AZIZ DAN ANWAR IBRAHIM !!


Bersangka buruk, mencipta sesuatu pembohongan dan percaya bahawa pembohongan itu benar bukan budaya UMNO. Sebab itu bila ada kawan aku tulis , dia dengar cakap cakap Hishamuddin akan diboo oleh perwakilan UMNO, aku jangka cakap cakap ini dicetuskan oleh pembangkang untuk merosakkan nama baik UMNO.


Teori ini seterusnya mengatakan kerana takutlah Hishamuddin berpura pura sakit dan masuk hospital. Aku tak fikir perwakilan UMNO tergamak buat begitu kepada Hishamuddin. Ini bukan cara UMNO.

Bukankah dalam sejarah Khairy Jamaluddin pernah diboo ? Benar tapi bukan atas sebab pertandingan semata mata. Perwakilan UMNO yang bersidang pada tahun 2009 dalam keadaan hati luka.

1. Kita mengalami keputusan terburuk dalam PRU 12.
2. Pada ketika itu Pak Lah ( mertua Khairy ) dilihat memberi terlalu
    banyak kuasa kepada Khairy dan budak Tingkat 4.
3. Pak Lah pula telah dilihat mengambil pendekatan ' tidak hormat'
    kepada Tun Mahathir yang jadi idola seluruh ahli UMNO
4. Khairy kebetulan bertanding menentang anak Tun Mahathir dan 
    keputusannya diragui oleh ramai perwakilan dan ahli UMNO.
5. Khairy dikatakan ' melonjak' terlalu cepat sehingga dikatakan
    tidak hormat kepada pimpinan UMNO yang lain.

Ini latarnya. Ini situasinya ketika itu. Ini juga bezanya antara kedua dua tokoh tersebut. Selain ' sesuatu ' yang diciptakan Hishamuddin tidak ada sebab untuk dimarahi oleh perwakilan dan ahli UMNO. Ahli UMNO matang dan percaya tiada seorangpun sempurna.

Sekiranya Hishamuddin takut, aku jangka beliau tidak akan bertanding. Tohmahan terhadap beliau telah bermula lama sebelum pemilihan.

Dalam masa yang sama UMNO telah melalui transformasi. Mentaliti dan sikap UMNO sedikit sebanyak telah berubah. Melainkan besar benar dosanya, UMNO tidak akan malukan pemimpin secara terbuka.

Sebagai pemimpin Hishamuddin telah menempuh banyak cabaran. Beliau tidak naik secara lonjakan saujana sebaliknya melalui tangga tangga tertentu.

Kalau cakap cakap ini diteruskan, aku rasa ia bukan sahaja percubaan untuk malukan Hishamuddin tetapi lebih daripada itu cuba memperlekeh kematangan UMNO.




13 comments:

  1. Hati saya mengatakan Hishamuddin akan jadi PM selepas Najib. Kemudian Mukhriz. Ini pusingan takdir. Walaupun dia ada kelemahan, kita usah perlceh dia sebab kita bagi peluru kepada pembangkang. Kita ada saluran dan gunakan segala saluran yang ada.

    ReplyDelete
  2. Aku pun rasa mcm tu.

    ReplyDelete
  3. Tan Sri Sharif Dol12 December 2013 at 00:56

    If its true that Hisyam is a prime minister material, he should now really focus to close rank with Mukriz. Khairy is too young. Next round will be Khairy. For now its Hisyam and Mukriz. Then Mukriz and Khairy. And after that Khairy and god knows who......I dont care as I dont think I will live that long anyway. Najid is a gone case. I agree totally with Kadir Jasin......for now, Rosmah should be appointed full minister. Then Najib can kaput completely. Adious Najib. Welcome Hisyam

    ReplyDelete
  4. Aku ni bukanlah kenal Hisham rapat. Tapi aku rasa tak ada sebab untuk kita perjatuh orang yang nampak ada potensi. Dia ni umur baru 52 tapi dah lama dalam UMNO. Sombong bongkak pun tak ada nampaknya. Dengan orang mesra. Kalau ada yang tak betul, kita tegur elok eloklah. Nabi betul lah maksum. Aku rasa lepas Najib ni dialah kalau ada takdir Allah Taala..

    ReplyDelete
  5. Sewaktu Khairy diboo dahulu, sayapun tak suka. Jatuh aib orang. Sekarang nampak Khairy dah ok.

    ReplyDelete
  6. UMNO ini parti yang besar. Pemimpinnya terdedah kepada kritikan umum. Sesiapa yang memilih untuk berada dalam saf pimpinan UMNO, maknanya kena bersedialah dengan teguran dan kritikan.

    ReplyDelete
  7. Saya berada di PAU sebagai perwakilan. Tapi saya tak dengarpun ada orang membuat tuduhan kepada Hishamuddin.

    ReplyDelete
  8. Ada orang suka tengok orang lain jatuh. Dalam mana mana parti pun ada. Orang ini patutnya usah dilayan.

    ReplyDelete
  9. Salatus Salatin karangan Tun Sri Lanang yg berfahaman Syiah

    ReplyDelete
  10. Yang selalu boo boo ni budak budak. Kalau umur dia tua, perangai macam budaklah.

    ReplyDelete
  11. Dah tiga minggu PAU berlalu. Apa yang UMNO dah buat nak menghadapi PRU 14?Dah mula bergerak ?

    ReplyDelete
  12. Ini yang tidak baik tentang UMNO. Suka mencipta persepsi negatif kerana niat nak menjejaskan nama baik pemimpin. Sikap yang boleh menyebabkan pemimpin berpotensi mungkin hilang minat untuk teruskan perjuangan

    ReplyDelete
  13. Aku perhatikan akhir akhir ini ada suara dalam UMNO yang bercakap seolah olah bagi pihak pembangkang. Ini amat bahaya, atau mungkin memamng ada Anwarinas dalam UMNO?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...