Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday, 9 December 2013

INI YANG RAKYAT KENA TAHU TENTANG HISHAMUDDIN !


Tetiba pulak teringat pada Hishamuddin Hussein. Bila ada kawan aku tulis kata Hishamuddin nak berhenti merokok, aku rasa dah elok sangat dah tu. Tapi bila bila aku terserempak dengan Hishamuddin ni, aku akan hulur juga. Test dia.

Sesuatu yang ramai orang tak tau, Hishamuddin ni bila kita bertembung dengan dia, kita boleh bersembang macam kita dah kenal dia lama. Dia akan layan kita macam dia kenal kita padahal itulah kali pertama bertemu.

Aku dapat tahu, Hishamuddin ni memang kaki merokok. Dulu masa pembangkang tengah berusaha nak tumbangkan kerajaan dengan macam macam perhimpunan, perarakan Hishamuddinlah yang menangani situasi ini. Masa inilah dia merokok tak henti henti.

Kita nampak macam mudah. Sebarang demonstrasi yang dianjurkan oleh individu atau kumpulan berkepentingan, ia tak mungkin berakhir dengan aman. Kita tengok di Mesir, Yaman, Syria dan banyak negara lagi.

Yang tengah bergelora sekarang ini, Thailand. Sudah beberapa nyawa terkorban. Ramai yang cedera. Berjuta kerugian ditanggung. Ekonomi terancam. Thailand yang dikatakan syurga pelancongan, kini jadi negara yang kurang dikunjungi.





Kerajaan bertukar ganti dengan mudah dalam jangka masa yang singkat. Ini menyukarkan usaha pembangunan negara bangsa dilakukan. Hari ini Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra mengumumkan Parlimen dibubarkan bagi mengadakan Pilihanraya sekali lagi.



Ini tidak pula mengamankan Thailand sebaliknya petang ini perhimpunan besar besaran diadakan, kali ini nak minta pilihanraya segera dijalankan.



Sewaktu Siri  Perhimpunan Bersih diadakan, aku yakin matlamat mereka ialah menjatuhkan kerajaan sedia ada. Hakikatnya ada orang yang gila gila nak jugak jadi Perdana Menteri tetapi tahu tak boleh melalui cara demokrasi. Orang ini menghasut, menanam dan menyuburkan kebencian.

Inilah kebijaksanaan Hishamuddin. Ada kaedah dan caranya tersendiri. Pembangkang dapat berhimpun dan kerajaan tidak jatuh kerananya. Tapi kita tak pernah bertanya Hishamuddin, apa yang dilakukan sehingga pembangkang tidak ada sebab bahkan tidak ada keberanian untuk terus berdemonstrasi.

Ini kelebihan Hishamuddin, sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri, aku rasa ia tempoh yang amat sukar. Penyokong dan penentang kadang kala sama sama tak berpuas hati dengannya.

Namun hakikat yang wajib kita akui, Hishamuddin berjaya menangani segalanya dan kita kekal aman. Tahniah dan terima kasihlah Hisham. Tak payah isytiharpun, kita tau kemampuan Hishamuddin.



15 comments:

  1. Salam Saudara, kita wajib bersyukur ada kerajaan yang kukuh. Tak mengapa jika orang tak menghargai asalkan jangan khianat macam pembangkang.

    ReplyDelete
  2. Jadilah seperti Mandela. Walaupun tidak berada di lapangan tapi kerja buat, idealisme perjuangan tetap berakar umbi. Ada kesan mendalam terhadap khalayak.

    ReplyDelete
  3. Aku setuju dengan artikel ini. Patutlah banyak blog pembangkang turut sama balun Hishamuddin sebelum Pemilihan UMNO.Mereka tahu Hishamuddin antara benten UMNO. Untuk bunuh UMNO, antaranya mereka mesti ' bunuh Hishamuddin'

    ReplyDelete
  4. Anon 5.57.....aku setuju dgn pendapat ko. Musuh umno nak bunuh umno depa kena bunuh dulu hang nadim. Sejarah cukup mengajar kite. Jadi dalam hal ini semua meriam, senapang, tombak dan parang dihalakan pada hang nadim H20........dan alhamdulillah hang nadim ni tidak melatah cuma barangkali sedikit kecewa dengan segala tohmahan dan gelaran negatif yg dilemparkan pada dia. Tidak ngapa....ini semua lumrah apabila menjadi pemimpin dan diangkat martabatnya utk menjadi lebih besar dan pastinya cabarannya juga maha besar. Seperti Tun M dulu pun apa yang org x kutuk....maha firaun, diktator dan seribu mcm gelaran buruk diberikan. Dan kita tgk Tun M steady je......so hang nadim H20 ni pun kena ambil pendekatan Tun M. Apa yg org kata biarkan......sebut alhamdulillah byk byk dan doakan kesejahteraan utk org yg mengata itu. Lebih baik lagi hadiahkan fatihah utk org itu. InsyaAllah. ......kita berada dijalan yang benar.
    PS. Gembira dgr berita hari ini yg H20 dah sihat dan dah boleh keluar hospital. Tgk muka Kak Tengku pun happy je......utk Farish dan Fahd, pastikan ayahanda sihat dan berhenti merokok......perjalanan dia masih jauh.....perjuangan dia masih belum selesai.
    And H20......bila boleh ngeteh??? Saya belanja......hahahahahaha

    ReplyDelete
  5. Salam Saudara,
    Saya dengar ekonomi Thailand hampir lumpuh. Saya sendiri peniaga perhiasan yang selama ini membeli banyak barang daripada Thailand. Sekarang saya dinasihatkan supaya menelakkan diri daripada Kota Bangkok atas faktor keselamatan. Saya percaya inilah usaha yang cuba dilakukan oleh pembangkang kita melalui pelbagai perhimpunan. Saya ucap tahniah kepada Datuk Hishamuddin kerana berjaya menggagalkan perancangan tersebut. Saya bukan orang politik tetapi saya dapat membandingkan keupayaan kerajaan kita dengan kerajaan Thai dalam menghadapi gelombang ini. Sebagai rakyat biasa sebenarnya saya tidak suka jika orang berkebolehan cuba dijatuhkan. Kita akan kehilangan tokoh jika hanya memilih orang popular. Lagipun ada orang memang ada kumpulan tertentu untuk menjadikannya popular.

    ReplyDelete
  6. Suasana aman amat perlu untuk bangunkan negara. Kerajaan tak payah bazir masa , tenaga dan wang ringgit untuk atasi kekecohan. Sekarang Singapura sedang mengalami masalah. Kita tengok nanti, lepas ni berlaku lagi. Kalau tak dibendung, pemberontakan akan jadi racun yang bisa.

    ReplyDelete
  7. Pembangkang kata rakyat Thailand hebat sebab boleh berdemo berminggu minggu. Di Malaysia orang sebenarnya tak percaya pada demonstrasi sebab rakyat boleh cakap apa yang mereka tak puas hati. Yang jahatnya pembangkang, menghasut sepanjang masa.

    ReplyDelete
  8. Saya fikir pembangkang di Malaysia tidak sama dengan pembangkang di Thailand. Di Thailand pembangkang bertukar ganti macam baju. Di Malaysia kerajaan pilihan rakyat tak pernah bertukar kecuali di beberapa negeri. Saya tahu kerajaan ada kelemahan tetapi nampaknya pemangkang kita bukan pengganti yang layak.

    ReplyDelete
  9. Kadang kadang kita kena lebih bersabar dalam bertindak. Jika kita ikut rasa mungkin tindakan kita akan datangkan kesan yang lebih buruk. Saya percaya ini pegangan Datuk Seri Hishamuddin dalam mengambil tindakan. Biar apa penilaian orang yang penting hasil baik untuk negara.

    ReplyDelete
  10. Sesuatu yang pembangkang tak tau, rakyat sudah bosan dengan kerenah mereka !

    ReplyDelete
  11. Salah satu sebab mengapa negara kita mencapai kemajuan ialah kerana kita dapat mempertahankan keamanan.

    ReplyDelete
  12. Aman atau huru hara boleh dirancang. Jika kita mahukan keamanan maka tindakan kita mestilah ke arah tujuan itu.

    ReplyDelete
  13. Steadylah Hisham. Moga terus cemerlang. Pelihara maruah dan martabat Melayu !

    ReplyDelete
  14. Hari ini Zahid Hamidi mula berdolak dalik isu Mohd Sabu. Inilah kesannya jika kita tidak berhati hati dan lepas mulut.

    ReplyDelete
  15. Nampaknya pembangkang di Malaysia amat ghairah dengan usaha untuk mempopularkan diri mereka. Saya sarankan pimpinan negara usah terikut ikut dengan budaya ini. Terus bekerja demi rakyat, rakyat akan memilih kebenaran.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...