Boikot Barangan DAP
Wednesday, 25 December 2013
EDMUND HILLARY @ TENZING NORGAY
AKU NAK KELUAR SIKIT DARIPADA ' KEBINGITAN ' POLITIK. LETIH DAN SEDIKIT PELIK POLITIK MALAYSIA NIH ! ADA PERKARA PATUT DITANGANI SECARA POLITIK TIDAK DITANGANI DENGAN POLITIK. ADA PERSOALAN UNDANG UNDANG DIJAWAB SECARA POLITIK.
KITA SEDANG MENANTI TAHUN BARU 2014. SALAH SATU ANUGERAH TERBESAR ALLAH TAALA KEPADA KITA IALAH ALLAH RAHSIAKAN TAKDIRNYA AGAR KITA BERUSAHA SEBAIK MUNGKIN, MENCAPAI APA SAJA YANG KITA INGINKAN.
DEMIKIANLAH EDMUND HILLARY DAN TENZING NORGAY. SEWAKTU MEREKA BERCAKAP TENTANG NIAT MEREKA UNTUK MENAKLUK PUNCAK EVEREST, TIADA SEORANGPUN YANG MEMBERI RANGSANGAN.
SEMUA ORANG YANG RAPAT DENGAN MEREKA MELARANG KERANA DIKATAKAN TIADA SEORANGPUN YANG MENCUBA DAPAT PULANG DENGAN SELAMAT. MATI !
TETAPI KEDUA DUA MANUSIA BIASA INI MEMPUNYAI KEINGINAN DAN CITA CITA YANG SANGAT TINGGI, JELAS DAN LUAR BIASA BERANINYA. MEREKA TIDAK TERGANGGU DENGAN PANDANGAN ORANG LAIN, YANG IKHLAS DAN YANG SINIS.
MEREKA BERLATIH SECARA LUAR BIASA. MEREKA MENGKAJI SEGALA ASPEK BERKAITAN. MEREKA MENJAGA PEMAKANAN. HAMPIR SEMUA BUKIT DAN GUNUNG DIDAKI. MEREKA PANTANG MENDENGAR KESUKARAN, MEREKA SANGAT INGIN KEPADA KESUKARAN ITU.
MEREKA MENCUBA, GAGAL DAN MENCUBA LAGI. AKHIRNYA PADA TANGGAL 2 JUN 1953, NAMA EDMUND HILLARY DAN TENZING NORGAY DIWARTAKAN KE SELURUH DUNIA SEBAGAI MANUSIA PERTAMA SAMPAI KE PUNCAK TERTINGGI DUNIA, PUNCAK EVEREST.
KENAPA INI YANG AKU TULIS. KEPADA SESIAPA SAHAJA YANG INGIN KE PUNCAK ADA BEBERAPA SYARAT YANG WAJIB DIPATUHI. KEINGINAN TINGGI YANG JELAS, KEGIGIHAN USAHA , PENGORBANAN, KEMAHIRAN DAN KEPAKARAN.
AKU AMAT PASTI, SEPENUHNYA...DALAM KEADAAN SELESA SESEORANG TIDAK AKAN MENCAPAI PUNCAK CITA CITA, PERCAYALAH !
Mereka manusia biasa yang berjiwa luar biasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Berusaha semampu yang boleh asalkan syar'i halal dan tidak mengganggu orang lain
ReplyDelete