Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday, 3 December 2013

KALAU ESOK PRU 14, UCAPAN TS MUHYIDDIN TIDAK AKAN MENAMBAH UNDI !


Maaf, aku tidak pandai berlakon. Aku  percaya para perwakilan yang ditemuramah oleh media akan memuji ucapan Perasmian YAB Timbalan Presiden Parti yang juga Timbalan Perdana Menteri sewaktu merasmikan Persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO sebentar tadi.

Aku dalam masa yang sama amat memahami ini UCAPAN PERASMIAN. Ia barangkali patut ' begitu ' bentuknya. Namun Timbalan Presiden UMNO adalah juga Timbalan Perdana Menteri. Maka kerana itu barangkali aku mengharapkan sesuatu yang lebih tepat, objektif dan memujuk.

Agaknya aku setara Pak Mamat hujung kampung, atau Mak Leha di baruh.Tujuh iniasiatif Perkasa Ekonomi Bumiputera yang di sampaikan gagal aku fahami. Aku yakin juga jiran tetangga aku di kampung, turut tidak faham walaupun mata tidak berkelip mendengar ucapan tadi.

Aku tidak pasti apa pulak penerimaan para perwakilan. Entah entah sama macam aku. Yang aku nampak exco pemuda di belakang Muhyiddin beberapa kali membetulkan songkok. Tiada seorangpun mencatat apa apa.

UMNO dikatakan tunjang kerajaan. UMNO tak boleh naikkan harga getah, kerajaan boleh. UMNO tak boleh kawal harga barang, kerajaan boleh. UMNO tak pernah bagi biasiswa, kerajaan pernah bagi dulu tetapi dah kurang sekarang.

Harapan aku  dan orang UMNO agar ucapan sesiapapun dalam Perhimpunan kali ini menampakkan UMNO dan Kerajaan memahami dan ikut merasai resah gelisah umat Melayu.

Orang UMNO mahu UMNO mempastikan bahawa rakyat tidak dibebani dengan kos hidup yang amat tinggi. Inisiatif ke 7 yang disebutkan oleh Muhyiddin dah nampak macam dah faham masalah sebenar. Tapi ' penyelesaian' yang dicadangkan pasti tidak menyeluruh, tidak akan dapat dicapai dalam setahun dua ini.

Pada pandangan aku, ucapan Muhyiddin agak umum. Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri diharap akan menjadikannya bermakna bila mereka berbahas nanti.

Tak payah cakap tinggi tinggi. Suarakan ' rasa hati umat Melayu '. Tak lalulah dengar retorik, slogan tapi hidup makin lama makin susah. 

Sampai masa menyelesaikan masalah.Kita nak mengadap PRU 14. Orang Melayu dah tolong UMNO. Ini masa UMNO kotakan segala janji, bukan buat janji yang baru...




3 comments:

  1. Setuju pandangan penulis. Ucapan Muhyiddin agar mendatar dan kurang rangsangan kali ini.

    ReplyDelete
  2. Tan Seri Muhyiddin perasmi. Para perwakilan yang perlu mengupas isu isu yang ditimbulkan.Kaitkan dengan kehendak dan keperluan orang Melayu masa kini.

    ReplyDelete
  3. Ini baru prmulaan . Beri perwakilan ruang sehingga selesai perhimpunan. Kemudian nilailah pencapaiannya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...