Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 11 December 2013

PANAS !! TAN SERI MUHYIDDIN YASSIN AKAN LEPASKAN JAWATAN DALAM MASA TERDEKAT !


Ini sebenarnya berita yang tersebar secara bisik bisik sewaktu Perhimpunan Agung UMNO baru baru ini. Aku sendiri tak tau sejauh mana kebenarannya. 



Setahu aku Muhyiddin agak bersih dari sudut isu. Keluarganya jarang diperkatakan. Isterinya pula dikatakan amat disenangi kerana kesederhanaannya. Anak anak Muhyiddin jarang dapat liputan media.

Dari sudut politik, Muhyiddin dilihat sentiasa berada di landasan. Amat menghormati Ketua dan amat disegani oleh orang bawah. Cuma sebagai Timbalan Pengerusi BN, Muhyiddin menunjukkan dengan jelas ' diri
Melayunya'. 


Muhyiddin keturunan ulama . Ini dikatakan sebagai salah satu faktor mengapa ia mahu melepaskan jawatan pada umur sebelum 70 tahun
( sekarang 66 tahun ). Beliau dikatakan mahu menyambung usaha dakwah yang dijalankan oleh arwah datuknya...

Hakikatnya Muhyiddin telah korbankan lebih separuh daripada umurnya untuk parti dan negara. Jasa Muhyiddin tidak terhitung. Pada waktu negara terumbang ambing di zaman Pak Lah, Muhyiddin telah selamatkan keadaan.

Jika Muhyiddin fikir mahu berehat dan beri tumpuan kepada 'kehidupan berkeluarga ', aku fikir Muhyiddin berhak kerana jika beliau berhenti, beliau berhenti sebagai bintang yang masih bersinar...


9 comments:

  1. Ini berita hairan bukan harian.

    ReplyDelete
  2. Saya rasa Muhyiddin masih mampu laksanakan tugas, Namun kita juga perlu hormt sebarang keputusan yang dibuat oleh beliau.

    ReplyDelete
  3. Jika betoi macam yang orang cakap, aku rasa Muhyiddin cukup bijaklah. Dia beghenti cara terhormat. Tapi sapa nak ganti dia?

    ReplyDelete
  4. Hakikat kehidupan, pmimpin datang dan pergi. UMNO wajib dipertahankan

    ReplyDelete
  5. Umno akan patah sayap.Tokoh kepimpinan yang ternyata berjaya di peringkat negeri dan pusat.Sejarah dan KPI beliau telah membuktikannya.Hanya tinggal seorang pemimpin negeri yang berjaya membentangkan bajet surplus yang bernilai billion ringgit bukan bajet surplus sejuta dua.Kena banjir besar dah jadi defisit.Pemimpin datang dan pergi.

    ReplyDelete
  6. Anon , UMNO sentiasa lahirkan pemimpin. Asalkan UMNO bersatu, UMNO akan terus diberi kepercayaan untuk memerintah.

    ReplyDelete
  7. Tabik hormat kepada TSM kerana telah memperkasakan bangsa Melayu dan berundur dgn terhormat.

    ReplyDelete
  8. Lim Kit Siang sampai beruban bulu ketiak masih bertahan selagi Cina tak perintah Tanah Melayu. Kenapa kita orang Melayu suka sangat jika Tokoh 2 Melayu berhasrat untuk bersara.

    Selagi Semangat dan Darah Melayu masih mengalir Tokoh2 ini harus disokong dan dipertahankan. Mungkin DNA tak sabar nak memegang jawatan Perdana Menteri menyebabkan ada diantara pemimpin dalam UMNO ingin sangat tokoh2 negarawan yang cuma segelintir ini bersara awal.

    Inilah realiti pemimpin2 yang ada dalam UMNO. Tun dah berhenti, Muhyiddin akan berhenti kenapa Kit Siang masih ada Nik Aziz, Hadi Awang jika tidak karpal pun sama.

    Jika pemimpin Melayu yang liat harus bersara jaga cucu, pakai songkok jadi siak masjid atau surau.

    Tak tau lah apa nak jadi!

    ReplyDelete
  9. MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888







    MAAF SAYA HANYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA YANG PENGGILAH TOGEL KALAU , AWALNYA ITU SAYA CUMA PENJUAL KERUPUK KELILIN YANG PENDAPATANNYA TIDAK SEBERAPA., SAYA PUNYA TIGA,ANAK DAN HUTAN KAMI PUN TAMBAH MENUMPUK, ANAK JUGA BUTUH BIAYA SEKOLAH,DAN AKHIRNYA SAYA DIPERTEMUKAN DENGAN NOMOR HP MBAH SURYO , DAN MENCERITAKAN SEMUANYA,AKHIRNYA SAYA DI KASIH ANGKA GHOIB 4D, ALHAMDULILLAH ITU PUN TEMBUS,DAN DENGAN ADANYA BANTUAN DARI MBAH SURYO , SEMUA HUTANG SAHUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARANG INI SAYA SUDAH BUKA USAHA SENDIRI!!! INI KISAH NYATA DARI SAYA DAN SILAHKAN ANDA BUKTIKAN. SENDIRI,BAGI YANG BERMINAT HUB MBAH SURYO DI NOMOR INI ; 082-342-997-888

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...