Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday, 17 December 2013

JOM KITA SEKOLAHKAN HISHAMUDDIN !


Aku tidak bermaksud DS Najib kena turun. Aku nampak Najib masih berupaya memimpin parti dan kerajaan. Aku juga tidak bermaksud Tan Seri Muhyiddin tidak mampu menjadi Timbalan Presiden parti dan Timbalan Perdana Menteri.


Pada aku mereka adalah gandingan yang mantap dan tulus. Masing masing berada di atas tapak yang jelas berbanding semasa Anwar Ibrahim menjadi Timbalan kepada Tun Mahathir. Bahkan Anwar pernah dikatakan lebih PM daripada PM.


Cuma aku percaya kepada ' latihan dan pembentukan karektor'. Pemimpin mesti dilatih dan dipersiapkan. Pemimpin kena ada kesedaran bahawa satu hari dia akan jadi pemimpin. Ini kaedah yang dibawa oleh Rasulullah.

Walaupun tidak menamakan satu persatu penggantinya, namun umat Islam tahu siapa yang Rasulullah yakini untuk memimpin umat Islam. Inilah yang aku cuba nak katakan.

UMNO mempunyai ramai tokoh yang mempunyai kebolehan. Sebagai parti yang dominan dan lama , UMNO sentiasa merupakan makmal yang membina dan membangunkan pemimpin.

Tetapi jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO hanya satu. Maka kita wajib menentukan siapakah Perdana Menteri dan Presiden UMNO selepas ini.

Aku nampak salah seorang tokoh yang boleh kita persiapkan ialah Hishamuddin Hussein. Beliau lama dalam UMNO dan lama juga dalam kerajaan. Untuk orang yang seusia dengannya ( 52 tahun ), Hishamuddin paling lama dalam kerajaan dan parti.

Hishamuddin antara pemimpin yang dilihat sederhana. Tidak ada tindakannya yang boleh menyebabkan beliau ' terpaksa diketepikan '. Beliau tidak kelihatan ultra Melayu atau kelihatan terlalu terbuka.

Hishamuddin tidak pernah terpalit dengan sebarang ' isu peribadi '. Tidak ada sebarang berita buruk tentang ahli keluarganya. Umum menyedari Hishamuddin dikatakan ' agak mengawal ' anak anaknya. Dan barangkali itu antara faktor mengapa beliau mendapat cucu dalam usia agak muda.

Benar, Hishamuddin pernah ditohmah dengan pelbagai tohmahan. Namun aku percaya sebahagian daripada tohmahan itu adalah kesan perasaan dikhianati orang Melayu dalam PRU 12. Hishamuddin menanggung tempiasnya. Kemudian keadaan menjadi lebih parah apabila berlaku pemilihan dalam parti.

Ini semua boleh diperbetulkan jika kita berikan beliau ruang. Bahkan pembetulan telah beliau lakukan melalui tindakan cemerlang dalam kes Lahat Datu dan bagaimana beliau menjaga kebajikan anggota tentera serta kaum keluarga mereka.

Aku nampak ada dua kehebatan yang Hishamuddin berjaya tampilkan dalam beberapa ketika kebelakangan ini. Transformasi dalam UMNO dan penglibatan angkatan tentera dalam membantu mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan baru baru ini.

Hishamuddin manusia biasa dan aku akui beliau tidak sempurna. Namun aku percaya jika ahli UMNO berpakat, berikan sokongan, berikan teguran, insyaallah Hishamuddin akan muncul sebagai pemimpin besar. Beliau telah banyak diuji dan hakikatnya beliau berjaya melepasi ujian walaupun kita sendiri kadang kala berasa semacam sebahagian daripada ujian itu amat berat untuk didepani.

                               Tidak pernah guna pendekatan populis...


15 comments:

  1. Terbaik Tuan Salatus. Elok lah dipersiapkan penganti Najib. Najib dah semakin mengarut. Puak puak ni dok menyalak x tentu pasal.... The drop in UMNO's popularity has nothing to do with religion. The drop in popularity is because of the endemic corruption and UMNO's complete blurriness about the well being of urban dwellers, especially Malay urban dwellers who now outnumber Malays in the rural areas. 

    UMNO seems to have no idea what the urban Malays need to survive in the increasingly stressed urban environments.

    ReplyDelete
  2. Maaf anon 1843, saya percaya DS Hishamuddin sendiri tidak mahu mengambil alih tempat DS Najib. Saya lama bersama beliau sewaktu dalam Pemuda. DS Hishamuddin sangat percaya kepada ' tangga ' untuk naik. Terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Aku setuju dengan penulis. Pemimpin mesti dibentuk dan diadun. Aku juga setuju jika Hishamuddin diketengahkan. Dalam masa yang sama individu ini kena perbaiki perkara perkara yang sebelum ini diperkatakan orang. Jangan melihat kritikan secara negatif. Di sebalik kritikan ada banyak pengajaran.

    ReplyDelete
  4. Biar perubahan berlaku secara semulajadi...akhirnya yang terbaik akan naik ebagai pemimpin.

    ReplyDelete
  5. Betul anon 1848.....dia tu org yg berprinsip. Tapi kadang2 kita mesti bertolak ansur dgn prinsip bersesuaian dengan keadaan semasa. Sekarang ni kita perlu pemimpin yg tidak pandai angkat bini sendiri. Yang tidak retorik semata mata. Tun Siti Hasmah lagi hebat dari Rosmah.....pernah kita dengar Tun M dok angkat melangit Tun Hasmah dalam PAU????
    Xde kan......kita dah semakin meluat. Dah semakin benci dah ngan Najib ni. Transformasi dia apa yg kita dpat.....tuntutan hidup dibandar semakin mendesak.....melayu bandar x kisah pasal nak dedah Mat Sabu ahli syiah ke komunis ke.....Melayu bandar nak cari jalan nak idup nak membesarkan anak anak dalam keadaan yg semakin terrekan. Ada Najib kisahhhh????

    ReplyDelete
  6. UMNO ni dah lama. Sangat berisiko untuk diletakkan orang sebarangan jadi pemimpin. Ahli UMNO kena sensitif. Saya sentiasa percaya umno akan terus diterima jika ia berpegang kepada sebab kenapa ia ditubuhkan. Demi agama, bangsa dan tanahair.

    ReplyDelete
  7. UMNO akan kekal kalau janji ditepati bukan janji dicapati. Mudah.

    ReplyDelete
  8. Dari satu segi aku suka cara DAP. Sekarang Lim Kit Siang, lepas ni Lim Guan Eng. Kemudian Lim apa le pulak..

    ReplyDelete
  9. Saya sokong DS Hishamuddiin jadi PM ganti DS Najib yg terbukti GAGAL dalam mentadbir negara..

    DS Hishamuddiin nie,..AKALNYA panjang, budi bicara dan tertib orangnya...memang sesuai sangat jadi PM Malaysia

    ReplyDelete
  10. Memilih pemimpin perlukan satu proses. Rakyat perlu berani menegur dan pemimpin bersedia ditegur. Jika pemimpin tidak peduli dengan teguran, parti kita akan ditolak rakyat

    ReplyDelete
  11. Aku ni terus teranglah, sape pun tak pe asalkan UMNO.

    ReplyDelete
  12. Saya lebih suka kalau pengganti Najib dinamakan lebih awal. Ini akan mengelakkan perebutan yang pasti akan merosakkan parti.

    ReplyDelete
  13. Siapapun asalkan jiwanya, hatinya sanggup jayakan matlamat Melayu. Aku tak suka orang yang banyak sangat bercakap !

    ReplyDelete
  14. Najib dah expired dan perlu di ganti dengan segera. Najib memang tak layak pegang jawatan PM. Bayangkan orang2 penting kerajaan pun berani sanggah Najib dan ini menunujukkan rasa tidak hormat lagi-CEO Petronas, President MCA, Francis Yeoh dll..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...