Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday 16 December 2013

RAKYAT MAHUKAN KERAJAAN YANG BERKUASA !


Bukan Kerajaan Yang Dikuasai...

Pada zaman pentadbiran Tun Mahathirpun, negara pernah terganggu dengan pelbagai gangguan. Harga barangan dan perkhidmatan pernah naik.

Pada ketika itu, rakyat dapat melihat pelbagai usaha untuk membantu rakyat. Aku rasa rakyatpun bukanlah ' terlalu lemah ' untuk memahami keperluan untuk melakukan adjustment.

Yang melukakan hati rakyat ialah apabila ' kerajaan ' dilihat seperti bermain main dengan emosi rakyat . Seperti sengaja mahu merosakkan hati rakyat.

Yang lebih terkena kesannya ialah pemimpin UMNO di akar umbi. Tidak ada jawapan yang boleh diberikan apabila kerajaan seolah olah ' bersama ' golongan perniagaan dan sama sekali mengabaikan rakyat terbanyak.

Aku nak bagi analisis bodo jer...

1. Harga gula naik
2. Harga ayam naik
3. Harga ikan naik
4. Harga sayur naik
5. Tarif elektrik naik
6. Tol akan naik

7. Harga rokok naik ( Ini takpelah, mudharatnya besar dari manfaat )


Menteri menteri yang menjawab bagi pihak kerajaan seolah olah menjawab bagi pihak pedagang dan peniaga. Kita pulak tahu sangat kumpulan pedagang dan peniaga ini rata rata menyokong pembangkang.

Jadi mula kedengaran suara di akar umbi, apa sedang berlaku sebenarnya. Setiap hari akhbar bercerita tentang kebangkitan ekonomi, kemasukan pelabur, penurunan inflasi, perdapatan per kapita melonjak. Tapi yang berlaku rakyat terbanyak sedang mengalami kesukaran hidup.

Maka orang UMNO yang selama ini amat bangga dengan kerajaan dan bertungkus lumus mempertahankannya mula rasa curiga dan bertanya, kerajaan ini sebenarnya berkuasa atau tidak ?


5 comments:

  1. Di mana mana orang bercakap perkara yang sama. Tertekan, barang amat mahal. Pendapatan tak bertambah.

    ReplyDelete
  2. Di Kementerian dan di Jabatan Kerajaan juga , pemimpin kerajaan tidak berkuasa. Kawan saya yang mahu bertukar tempat kerja dan membawa surat sokongan Timbalan Menteri,telah ditegur kerana surat sokongan itu. Difahamkan jika ' orang pas' proses akan jadi lebih mudah...

    ReplyDelete
  3. Kerajaan Najib perlu terbuka. Bila ada rungutan jangan fikir orang menentang. Kajilah rungutan itu, fahami jiwa raga rakyat yang selama ini beri sokongan.

    ReplyDelete
  4. Isu keupayaan UMNO mengusai kerajaan telah lama jadi perbualan orang ramai. Peniaga Kelas F turut mengalami keadaan yang sama. Untuk projrk kelas F sebenarnya penyokong pembangkang lebih beruntung kerana pegawai yang meluluskannya kebanyakannya cenderung kepada pembangkang.

    ReplyDelete
  5. Aku tak taulah orang lain. Tapi nampak Umno macam dah hilang arah. Umno lemah, kerajaan lemah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...