Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Sunday 29 December 2013

KHAIRY KENA BELAJAR BENDA NIH !!


Tak payah riuh rendah. Tak perlu sidang media besar besar. Gunakan segala kekuatan yang ada, yang paling utama matlamat politik tercapai.

Aku petik laporan akhbar semalam...22000 orang sukarelawan pelbagai kaum telah mendaftar sebagai anggota Skuad Muda 1JPJ . Mereka ini berfungsi untuk melaporkan sebarang kesalahan lalulintas yang dilakukan kepada Penguatkuasa JPJ.

Mereka mencatat kelajuan dan mengambil gambar kenderaan terlibat dan melapor terus kepada penguatkuasa samada di ibu pejabat atau yang bertugas bersama mereka.

Benda macam ini pada aku amat simple. Beberapa objektif dapat dicapai secara bersama...

1. Kita dapat membentuk satu kumpulan yang bertanggungjawab, patuh undang undang dan berjiwa sukarela. 

2.  Kita dapat menjalin hubungan dengan anggota Skuad yang rata rata anak muda dan mereka adalah pengundi. Bila mereka rasa mereka diperlukan, dihargai maka mereka akan bangga dan menjadi sebahagian daripada kita. Masa inilah nilai
patriotisme, kasih negara bangsa boleh diterap. Dah tentu bila nilai ini tertanam dia tak akan pergi kepada PAS atau DAP dan PKR yang selalu subur nilai bencinya.

Ini yang dikatakan pemikiran tahap tinggi. Bijak. Khairy kena belajar benda ni. Dia jaga belia dan sukan. Ini lubuk anak muda yang akan jadi faktor penentu menang kalah PRU 14.

Tapi Khairy kena bersedia jadi macam Hishamuddin. Skuad Muda 1JPJ ini idea Hishamuddin, Pemangku Menteri Pengangkutan. Tapi tak nampakpun dia nak sorong sorong muka nak dapat publisiti.

Kalau fikir kepentingan peribadi, nak jadi popular mungkin program jadi tak popular.
Tapi kalau fikirkan parti dan kerajaan untuk dipertahankan, aku rasa Kementerian Khairy antara yang terpenting.

Akupun bukan nak kata Hishamuddin ni sempurna. Nabi Muhammad manusia sempurna terakhir yang kita ada. Tapi aku rasa kerja buat Hishamuddin khasnya kebelakangan ini banyak memberi kesan baik kepada kerajaan.

Bila nama kerajaan wangi, UMNO dapatlah kesannya. Ini Kerajaan UMNO. Peranan tentera dalam membantu mangsa banjir misalnya, sampai sekarang orang masih bercakap.

Ini bendanya. Ini kebijaksanaannya. Usah terperangkap dengan rentak tari pembangkang, akhirnya kerja sendiri terbengkalai...





Khairy perlu belajar, kalau tidak dia mungkin popular tetapi UMNO tidak mendapat apa apa faedah daripadanya. Jadi seperti Hishamuddin, nama mungkin tidak sebesar mana tetapi Kerajaan UMNO mendapat laba .



7 comments:

  1. Ini perancangan strategik. Parti, kerajaan dan rakyat menerima manfaat. Tidak mengapa Hishamuddin tidak menonjol. Biarkan rakyat menjadi hakim

    ReplyDelete
  2. Khairy nak belajar ? Jangan haraplah. Dia rasa dia bagus !

    ReplyDelete
  3. Aku lain pulak. Aku suka kalau Hishamuddin lebih ke depan. Supaya rakyat tau kerja dia. Bila nak bertanding tak payah susah nak kempen

    ReplyDelete
  4. humm ni blogger pro hishamuddin kekekeke

    ReplyDelete
  5. Yb Raz, benar aku percaya selepas Najib, Hishamuddin. Dengan sedikit pembetulan dan penambahbaikan. Ironinya, Hishamuddin ka, Najib ka, sesiapapun tak kenal aku. Maka ikut suka akulah nak pro sesiapa. Apapun terima kasih kerana sudi menziarahi..

    ReplyDelete
  6. SS, aku suka cara hang. Terus terang. Tak payah nyorok nyorok. Hang nak pro sapa memang hak hang pun.

    ReplyDelete
  7. Saya yakin Datuk Seri Hishamuddin mampu pergi lebih tinggi. Paling penting ahli dan pemimpin UMNO dan BN sama sama memberikan sokongan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...