Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Thursday 19 December 2013

KALAU BENAR INI IDEA PENASIHAT, MAKNANYA SEKALI LAGI PM KITA MENERIMA NASIHAT YANG SALAH !


Aku tak tahu samada benar segala dasar, tindakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO/BN selama ini dilaksanakan setelah ianya dibahas dan dibincangkan oleh sekumpulan penasihat Perdana Menteri yang mempunyai pelbagai kebolehan dalam pelbagai bidang.

Dikatakan juga penasihat Perdana Menteri ini amat dipercayai oleh Perdana Menteri mengalahkan sekalian Menteri dan Timbalan Menteri termasuk pegawai tertinggi Kerajaan UMNO/BN.

Baru baru ini dalam satu perbincangan kedai kopi dengan kawan kawan aku, ada yang menimbulkan pandangan. Katanya " Sekarang ini memang rakyat tengah marah Kerajaan tapi Najib ni bijak, nanti dekat Pilihanraya Umum 14, Najib akan lambakkan macam macam peruntukan dan kemarahan rakyat akan reda serta mereka akan mengundi UMNO/BN ".

Aku malas nak berhujah di kedai kopi. Aku mengiayakan jer apa yang kawan aku katakan. Tapi aku ada pandangan berbeza.

Sekarang ni aku jangka UMNO masih belum secara serius mendaftar pengundi baru. UMNO dari dulu pemalas dan bersikap tunggu orang datang. 
Tapi kita dapat melihat pembangkang sejak selesai PRU 13 telah mula mendaftarkan pengundi baru.

Aku amat yakin, pengundi baru ini ghairah mendaftar kerana ' rasa marah atas kekejaman Kerajaan UMNO/BN'. Kenaikan harga barang dan perkhidmatan adalah isu utama nasional sekarang ini.

Perasaan ini pasti akan terus terusan dibajai oleh pembangkang sepanjang masa hinggalah PRU 14. Kemarahan, kebencian yang subur ini tidak mungkin akan dapat diubah dengan peruntukan 1000/2000 ringgit.

Jika benar Penasihat PM mengatakan sedikit imbuhan akan menyejukkan hati pengundi, sekali lagi ini andaian yang tidak bijak. Untuk PRU 14 aku jangkakan Kerajaan Pakatan akan memberikan imbuhan lebih besar kepada rakyat di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang. Mereka akan tunjukkan betapa mereka lebih bertimbangrasa.

Sekali lagi, pada PRU 14 anak anak yang pulang dari rantau akan balik dan menceritakan betapa ' deritanya ' kehidupan mereka di bandar kerana kos hidup yang tinggi. Anak anak ini akan membawa pula pelbagai makalah, poster tentang kebaikan kerajaan Pakatan.

Pada PRU 13 baru baru ni, Mak Limah, Pak Ali , Leha Janda hujung kampung tak rasa susah sangat. Tapi mulai sekarang sampailah PRU14 semua barang akan naik harga dan harga getah dan kelapa sawit akan terus turun. Mereka mendengar jaminan akan  ' lapang ' jika sanggup mengubah Kerajaan.

Aku rasa sedikit sebanyak undi saluran 1 dan 2 akan merosot. Kita sedang bercakap tentang manusia. Apa kesudahannya, lepas susah..susah, lepas susah..susah.

Jadi aku nak rumuskan nasihat yang ini sama juga seperti nasihat nasihat yang lalu adalah sampah yang menyebabkan wabak penyakit akan menular, membawa maut.




                          Jika tak berubah, Najibpun akan jadi macam Mat Nisfu...

5 comments:

  1. PRU 13 sebenarnya dah gagal,andaikata mengikut stratergik politik PM 100%.Banyak habuan di berikan pada rakyat.Namun tidak setara dgn undi kaum lain.Sebenarnya isu semasa yang banyak membantu,sehingga undi orang melayu naik mendadak membantu BN utk menang.Tengok pada peratusan yang tinggi,keluar mengundi sudah dapat agak.Nasib baik Ketua pembangkang nie,jenis tamak utk meraih undi dgn bersandarkan isu agama islam.Bagi bantuan tunai tak cukup,sebab gagal utk mengurus kewangan sepanjang tahun.Hrarga barang tetap juga naik,yang terkini ntah ler.Kenaikan harga barang sangat rapat jaraknya dan berganda.yg melambangkan salah takbir urus yang mewujudkan banyak ruang utk di manipulasi sebab ada banyak alasan.

    ReplyDelete
  2. Pada saya PM kita jenis yang ' sangat percaya kepada orang yang dipercayai '. Ini menyebabkan beliau gagal berfikir dan membuat analisis sendiri. Yang kedua, org di keliling PM sentiasa bagi maklumat yang buat PM seronok. Selalu maklumat tak tulen

    ReplyDelete
  3. Bosan ! Bosan dah aku dengan UMNO. Serius cakap...

    ReplyDelete
  4. Kenaikan harga barang adalah perbuatan sabotaj Cina. Mereka memang mahu melihat kerajaan UMNO ini kalah dalam PRU 14.

    ReplyDelete
    Replies
    1. abis tu apa krajaan BN buat bagi atasi sabotaj kenaikan harga barang ni? Aku tau harga brg tak dpt tidak akan naik, tp yg kerajaan dok boros belanja tu apahal?
      Serius cakap la, aku tak nampak PM dan kabinet dia bijak mengurus tadbir negara. Aku undi BN dulu pun bukan sebab BN, tp sebab tiada pilihan lain.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...