Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 15 October 2014

ZURAIDAH PERLI ANWAR

MP cadang kem PLKN dipisah ikut jantina



Seorang MP PKR, Zuraida Kamaruddin mencadangkan agar kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dipisahkan mengikut jantina.

MP Ampang itu memberi alasan, ia bagi mengelakkan pergaulan bebas di antara pelatih lelaki dan perempuan serta mengelakkan kes jenayah rogol dan pencabulan.

Cadangan itu diajukannya kepada Kementerian Pertahanan sewaktu giliran beliau membahaskan Belanjawan 2015 di Dewan Rakyat petang semalam.

"Saya cadangkan agar ada pemisahan antara latihan peserta wanita dengan peserta lelaki.

"Kita ada banyak kem. Kenapa tidak dua atau tiga daripadanya disediakan khas untuk pelatih wanita.

"Ia agar tidak ada campur gaul yang sangat tidak terkawal dan (mengelakkan) kes rogol and kes cabul yang telah berlaku," kata ketua wanita PKR itu.

Beliau juga menyatakan kesediaan untuk menyokong agar program PLKN disemak semula untuk menjadikannya lebih khusus pada usaha membina jati diri dan patriotisme.

Bagaimanapun, beliau menolak sebarang usaha untuk menyertakan program indoktrinasi Biro Tata Negara dalam PLKN.

"Yang BTN sugguh nak masuk dalam PLKN ini, tak payah nak masuklah. Biar kita fokus," katanya lagi.

Program BTN sering menjadi sasaran kritikan pemimpin Pakatan Rakyat yang menganggapnya sebagai satu bentuk propaganda untuk mengekalkan status quo politik dalam negara. 

Ulasan
Nasib Anwar. Dahlah nak kena penjara, anak buah perli pulak. Campur lelaki perempuan ni normal. Di sekolah, di Universiti. Masjid dan surau. Yang tak normal Anwar, balun jantan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...