Boikot Barangan DAP
Sunday, 5 October 2014
MH 370 , ANWAR HILANG KAWAN !
KUALA LUMPUR 3 Okt. - Kerajaan Australia menjadi mangsa kritikan terbaharu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan pendirian negara itu yang enggan campur tangan dalam urusan kehakiman di negara ini.
Portal berita `The Sydney Morning Herald (http://www.smh.com.au) hari ini melaporkan, Anwar yang kini berada di Jakarta, Indonesia cuba mendapatkan sokongan Australia menjelang rayuan terakhir kes liwat membabitkan beliau di Mahkamah Persekutuan pada 28 Oktober ini.
Anwar mendakwa, bekas Perdana Menteri Australia, John Howard merupakan satu-satunya pemimpin tertinggi negara itu yang pernah membela beliau pada 1998.
"Kita berharap pelbagai negara, negara-negara Islam, Barat, Australia, bersikap konsisten dan koheren dalam menyatakan pendirian berhubung dasar luar mereka, bukannya berbelah bahagi, bukannya selalu bercanggah.
"Anda tidak boleh bercakap tentang kebebasan dan demokrasi di Afghanistan sedangkan anda tidak sedar langsung tentang realiti di negara-negara jiran," katanya.
Anwar dilaporkan berada di Jakarta untuk berbincang dengan Senator Australia, Nicholas Xenophon bagi melancarkan kempen mendapatkan sokongan di peringkat antarabangsa sekiranya Ahli Parlimen Permatang Pauh tersebut gagal dalam rayuan terakhir kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar setelah beliau didapati bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari pada 2008.
Pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan apabila Anwar menerusi peguamnya, Ramkarpal Singh memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan pada 10 Mac lalu.
Anwar turut menjelaskan, dua bekas Menteri Luar Australia, Kevin Rudd dan Stephen Smith yang ditemuinya beberapa tahun lalu cuma menyatakan mereka memantau perkembangan kes tersebut dan memberi pandangan melalui saluran diplomatik.
"Lebih daripada itu, mereka (kerajaan Australia) bersikap membisu," katanya.
Ulasan
Benar. Satu ketika dunia mungkin berfikir Anwar Ibrahim orang baik dan Kerajaan mahu menganiayanya. Amerika, Australia dan jiran terdekat kita Indonesia pernah dingin dengan Malaysia sewaktu Anwar didapati bersalah pada tahun tahun 90 an.
Tetapi aku rasa selepas MH370 persepsi dunia terhadap Anwar sudah berubah. Dunia menjadi hairan apabila Anwar mengambil pendekatan menjadikan tragedi MH 370 untuk merosakan imej Kerajaan bukan saja dalam negara bahkan di luar negara.
Dalam pada Kerajaan khasnya DS Najib dan DS Hishammuddin bersengkang mata berusaha mengesan MH 370 dan menjaga kebajikan kaum keluarga mangsa, Anwar sentiasa sinis dan mempermainkannya.
Sewaktu DS Hishammuddin menjalin hubungan antarabangsa yang akrab khasnya dengan Australia dan China Anwar sebaliknya sibuk menemui pelbagai media antarabangsa untuk memberikan pandangan yang amat sinis bahkan memperlekehkan usaha kerajaan.
Aku yakin dunia menilai. Dalam dunia bersimpati kepada MH 370, Anwar memilih menangguk di air keruh. Keyakinan aku, dunia dah dapat menilai SIAPA Anwar dan dunia tidak dapat lagi mempercayainya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Dulu dunia tak kenal Anwar lagi, sekarang Anwar sendiri bogelkan dirinya..
ReplyDeleteKeupayaan DS Najib dan DS Hishammuddin telah mengubah persepsi masyarakat dunia terhadap kita.
ReplyDeleteDunia menilai. Sewaktu Anwar memberi kenyataan kepada media antarabangsa, Hishammuddin bertungkus lumus bertemu pelbagai pihak termasuk kaum keluarga MH 370. Anwar sibuk mencari kelemahan, kerajaan kita bermatian mencari penyelesaian.
ReplyDeletePenipu tak kan selamanya boleh menipu, sampai masa orang tau jugak.
ReplyDeleteSiapa nak berkawan dengan Anwar ? Semua takut oo..jaga belakang.
ReplyDeleteApa yang berlaku adalah takdir Tuhan jua. Sebab itu kita sebagai hambaNya mesti berusaha dan berdoa. Elakkan daripada melakukan perkara mungkar dan berdosa.
ReplyDelete