Tak payah bagi justifikasi. Ini langkah bunuh diri!
Harga petrol RON95, diesel naik 20 sen
0
Harga minyak petrol RON95 dan diesel akan naik 20sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.
Mulai 12.01 tengah malam ini, RON95 akan dijual pada harga RM2.30 seliter dan diesel pula RM2.20.
Sekarang ini RON95 dijual pada harga RM2.10 seliter dan diesel pula RM2.
Penyelarasan harga itu dibuat ekoran pengurangan subsidi sebanyak 20sen.
Perkara itu diumumkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui kenyataannya hari ini.
"Walaupun dengan pengurangan kadar subsidi ini, kerajaan menganggarkan masih perlu membelanjakan lebih RM21 bilion bagi subsidi petrol RON95, diesel dan LPG untuk tahun 2014," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu juga menyebut, kerajaan sedar bahawa langkah itu memberi kesan ekonomi kepada masyarakat.
Justeru, jelas kementerian, kerajaan akan terus menyediakan pelbagai bantuan dan insentif untuk meringankan beban rakyat, terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana.
"Sehubungan itu, salah satu langkah yang akan diambil oleh kerajaan adalah untuk menaikkan kadar pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang akan diumumkan dalam Bajet 2015," menurut KPDNKK.
Antara langkah-langkah lain dipertimbangkan untuk meringankan beban rakyat, termasuk:

- Meneruskan bantuan persekolahan, subsidi harga rumah serta insentif percukaian.
- Memastikan barangan keperluan harian dijual pada harga berpatutan dan mengambil tindakan tegas ke atas golongan yang mengaut keuntungan berlebihan.
Sistem kapitalis yang tidak adil pada rakyat.Wang yang banyak tidak melambangkan kesejahteraan hidup rakyat.Spekulasi yang tidak terbendung menghimpit rapat kos sara kehidupan rakyat.Wang dan spekulasi bukanlah elemen yang tepat utk keupayaan ekonomi seisi keluarga,ia lebih mengutamakan kepentingan individulistik yang terus terjaga dgn limpahan rezeki yang melimpah ruah.Di tambah pula kedudukan hutang negara yang terus meningkat hampir Rm 700 billion yang melambangkan ketidakcekapan mengurus amanah dan dana rakyat.
ReplyDeleteKerajaan kena ikhtiar cara lain yang lebih praktikal
ReplyDeleteMasalah akan timbul sebab kerajaan akan gagal mengawal kenaikan harga barang. Sekarang ni pun harga barang keperluan naik tapi kerajaan tak buat apa apa.
ReplyDeleteJenuhlah nak berjawab dengan rakyat. Sape buat keputusan ni? Bodohlah sangat
ReplyDeleteHilang kisah Melayu Penang kena bangsat, hilang kisah huru hara dalam Pakatan. Yang timbul BN zalim. Puas hati?
ReplyDeleteESOK AKU NAK JAWAB APA KAT KEDAI KOPI HAH ?
ReplyDeletekurangkan subsidi minyak,wujudkan subsidi rumah.kerajaan bayar baki harga rumah ikut nilai pasaran(kononnya) untuk menambah kaya pemaju2 rumah.itu pun jika betul atau cuma sekadar angka yang cuba diwujudkan sebagai subsidi.harga rumah akan terus naik dan kerajaan akan ungkit2 tentang subsidi rumah pula,akhirnya umum,kurangkan subsidi dan rakyat sekali lagi menjadi mangsa..masalahnya sampai bila?
ReplyDelete