Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Tuesday, 7 October 2014

HEBAT SANGATKAH NEGRO ?

REDAH 300 KM SEMATA-MATA MAHU BERSEKEDUDUKAN

Subang Jaya: Seorang remaja perempuan sanggup datang sejauh lebih 300 kilometer (km) dari selatan tanah air bertemu dengan kekasihnya warga Nigeria yang tinggal di Puchong, di sini, untuk bermadu asmara dan bersekedudukan.

Bagaimanapun, perbuatan terkutuk remaja berusia 16 tahun itu bersama kekasihnya terbongkar selepas ahli kariah masjid kawasan terbabit yang menyedari perbuatan mereka melakukan pemeriksaan sebelum menemui gadis terbabit bersama lelaki warga Nigeria itu. 

Dalam kejadian jam 12 tengah malam Khamis lalu, ahli kariah masjid kawasan terbabit menerima aduan penduduk taman itu memberitahu terdapat seorang remaja perempuan tinggal bersama lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan. 

Menurut sumber, mereka kemudian ke rumah lelaki terbabit dan menerangkan tujuan kedatangan mereka dan meminta keizinan membuat pemeriksaan.

“Sebaik masuk ke dalam kediaman lelaki terbabit, mereka menemui remaja itu bersembunyi dalam bilik utama bersama barangannya disimpan di dalam almari.

Ulasan
Beberapa persoalan bermain di fikiran aku. Umur budak ini hanya 16 tahun. Bagaimana dia boleh kenal lelaki ini ? Bagaimana sampai dia nekad pergi begitu jauh untuk bersama lelaki itu ? Emak ayahnya mana? Tak kan bebas sehingga tak dapat dikawal? 

Kalau kita bertanya lagi, apa nak jadi masyarakat kita ni? Aku rasa sesuatu mesti dilakukan. Kita tak boleh biarkan anak anak yang sepatutnya masih belajar terlibat dalam hal hal macam ini. Dah pasti hasrat nak membentuk negara bangsa kononnya ikut acuan kita akan gagal..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...