Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Wednesday 29 October 2014

JANDA DICEKUP LAGI !





Gambar hiasan

Kangar: Seorang janda yang juga bekas banduan berusia 32 tahun dicekup polis di Kangar Ahad lalu selepas terlibat dalam lima kejadian tipu babitkan kerugian RM16,500 di sini.
Suspek yang baru sahaja dibebaskan di atas kesalahan yang sama April lalu itu dikesan menggunakan ayat manis sebelum menipu mangsanya.
Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron berkata, suspek yang berasal dari negeri ini dikesan mensasarkan mangsa di kalangan kaum wanita sejak Julai sehingga Oktober lalu.
Katanya, suspek yang menipu barang berharga mangsanya terdiri daripada barangan kemas dan wang didapati menggadai barang berkenaan di sekitar Perlis dan Kedah.
Suspek kini direman sehingga hari ini dan akan disambung reman bagi membantu siasatan.

-Harian Metro

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...