Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday, 10 October 2014

PAKATAN SAKIT HATI BACA NIH !

KUALA LUMPUR, 9 Okt - Malaysia perlu memperkukuhkan perancangan, kerjasama, eksesais serta perkongsian risikan bersama anggota Asean secara proaktif, bersesuaian dengan peranannya selaku pengerusi Asean mulai 2015.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata landskap dunia tanpa sempadan kini menuntut semua negara bekerjasama dalam menangani isu-isu keselamatan.

"Landskap keselamatan, ketenteraan global hari ini menuntut kita di Malaysia tidak boleh wujud dalam suasana keseorangan. Dunia tanpa sempadan boleh membawa ancaman kepada negara berdaulat dan merdeka yang menuntut kita untuk bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan.

"Yang penting isu kerjasama rapat ini tidak dipolemikkan, dipolitikkan serta disensasikan sehingga boleh menjejaskan persepsi orang ramai," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Beliau berkata tanpa kerjasama itu, negara Asean termasuk Malaysia juga berkemungkinan menerima nasib sama seperti negara bergolak di Asia Barat dan Ukraine.

Malam ini, Hishammuddin berkata beliau akan berjumpa dengan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat Chuck Hagel untuk berbincang dan mendapatkan perkembangan di Ukraine, Iraq dan Syria.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian sedang meneliti secara keseluruhan mengenai agenda meningkatkan semua pangkalan dan kem tentera di negara ini dalam konteks keselamatan, lokasi, kebajikan, perumahan serta keselesaan anggota.

Katanya perkara itu adalah antara agenda terbesar kementeriannya di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 yang merangkumi tumpuan terhadap pangkalan dan kem tentera.

Berikutan cadangan memindah Pangkalan TUDM di Butterworth, Hishammuddin memberitahu bahawa rancangan tersebut masih dipertimbangkan dan akan diumumkan kelak.

Tapak TUDM Butterworth seluas 407 hektar itu dicadang dibangunkan sebagai pusat kesenian dan riadah.




8 comments:

  1. Sebenarnya abaikan Pakatan. Tak ada sumbangan apapun.

    ReplyDelete
  2. Apa juga pembangunan yang mahu dibuat jangan abaikan kebajikan anggota dan keluarga mereka

    ReplyDelete
  3. Aku tunggu Pengkhianat Lahat Datu dihadapkan ke mahkamah. Cari dan hukum mereka supaya jadi pengajaran kepada yang lain.

    ReplyDelete
  4. Pertahanan negara kewajipan kerajaan. Negara pernah kena jajah, pernah kena ceroboh. Kaedah pertahanan mesti dipertingkatkan

    ReplyDelete
  5. Saya cadangkan supaya kem ditambah di Pulau Pinang. Nampaknya mereka ada potensi nak jadi Singapura.

    ReplyDelete
  6. Terbaik ! Makin ramai kawan kita, kita akan disegani

    ReplyDelete
  7. Bajet 2015 tadi beri peruntukan besar kepada Angkatan Tentera. Tahniah

    ReplyDelete
  8. Fasa baru dalam perkembangan pertahanan negara. Kalau kita saja beria ia nak pertahankan negara serantau, yang lain buat tak tau saya yakin ia tak akan berbaloi. Gabungkan seluruh kekuatan barulah kita dapat pertahankan maruan asean.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...