Boikot Barangan DAP
Tuesday, 21 October 2014
LAGI CABARAN MELAYU !
Dulu Menteri Pertahanan keluarkan kenyataan. Oleh kerana Menteri Pertahanan adalah orang politik maka ia disambut secara politik oleh pembangkang Malaysia yang masyhur sebagai kaki bangkang.
Maka keluarlah cakap cakap bahawa kenyataan itu adalah usaha menakutkan rakyat yang kesan akhirnya rakyat akan terus mengundi Kerajaan UMNO/BN. Ada yang mengatakannya sebuah sandiwara UMNO.
Tapi yang aku paparkan ini adalah kenyataan Panglima Angkatan Tentera sendiri. Beliau bukan orang politik. Di bahunya ada tanggungjawab untuk memastikan keselamatan rakyat dan negara. Beliau menyatakan,
" Kita perlu mengambil langkah segera menangani ancaman pengganas. Ini bagi mengelakkan insiden keganasan seperti Al Maunah dan Jemaah Islamiah berlaku lagi. "
Beliau menyarankan agar Akta baru diwujudkan setelah Akta sedia ada diihat kurang mampu mengekang ancaman ini. Beliau memberi amaran bahawa aktiviti keganasan baru ini mempunyai rangkaian antara bangsa yang meluas.
Pada bila bila masa mereka boleh masuk ke dalam negara kita.
Aku rasa ini satu lagi ancaman kepada orang Melayu. Dengan menggunakan ayat Quran, nampaknya orang Melayu mudah sangat terpengaruh. Satu lagi tambahan risiko terhadap umat Melayu.
Dadah- Melayu, rempit- Melayu. Runtuh moral- Melayu, cicir- Melayu.
Segalanya menghancurkan Melayu. kalau tak serius ditangani, aku bimbang akhirnya orang Melayu jadi sampah jer di Tanah Melayu ini.
Aku nak mintak pihak kerajaan bertegas. Hapuskan bahaya ini hingga ke akar umbi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sekarang ni ancaman pengganas ni dah jadi masalah antarabangsa. Kalau tidak serius ditangani kita mungkin jadi macam banyak negara Islam lain.
ReplyDeleteBudak Melayu dah nak hancur. Segala yang buruk budak Melayulah..
ReplyDeleteSesuatu yang konkrik harus dilakukan. Ancaman ini bukan perkara kecil.
ReplyDeleteSekarang masa melaksanakan undang undang. Kalau kerajaan berlembut, kita mungkin berdepan cabaran lebih besar selepas ini.
ReplyDeleteSelepas MH 370, saya yakin kemampuan Menteri Pertahanan menghadapi cabaran ini.
ReplyDelete