Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Monday, 27 October 2014

BERI PERAHATIAN SERIUS KEPADA LELAKI INI .

Cara berfikir, percakapan dan perlakuan manusia ( kita ) sebahagiannya didorong oleh sistem kepercayaan kita. Manakala sistem kepercayaan itu pula terbentuk hasil pengalaman, apa yang kita lihat, apa yang kita dengar, kita baca dan sebagainya.

Begitu sepatutnya kesedaran dan kefahaman UMNO. Melakukan sesuatu agar kita dapat membentuk sistem kepercayaan yang selari dengan matlamat politik kita. Ini yang berjaya dilakukan oleh Anwar Ibrahim sehingga ada orang sanggup ke depan mempertahankan beliau walaupun segala data dan bukti telah menunjukkan beliau PELIWAT !

Kegagalan UMNO dalam perkara ini mengakibatkan kita kehilangan begitu ramai anak muda yang sangat berkebolehan, ada idealisme perjuangan dan yakin dengan apa yang mereka perjuangkan. UMNO tidak langsung menawan mereka.


Provokasi ini menyebabkan aku mengenali Syahredzan Johan. Setelah dimanipulasi beliau tidak memberi sebarang reaksi dan menyebabkan pencetusnya berasa tidak selesa. Mari kita adil dalam perbincangan ini. Kita sedang membincangkan kesan kecuaian UMNO dalam menawan potensi.

Kemudian timbul pula berita ini..


Beliau mewakili Hishammuddin Rais ( Tukar Tiub ), antara manusia paling 
' berlainan ' dalam sejarah Malaysia. Sekali lagi Syahredzan kelihatan tersendiri dalam bidangnya. Terkini...


Syahredzan mewakili Penganjur " Saya Nak Sentuh Anjing " yang sangat kontroversi. Aku bukan nak bercakap apa yang betul atau apa yang salah. Aku nak timbulkan betapa peguam ini dipilih mewakili ' anak guam ' yang sangat terhimpit dan terdesak. Anak guam ini ditentang oleh rakyat Malaysia dan Syahredzan mewakili mereka.

Syahredzan sedang bergerak ke arah ' menjadi ' Karpal Singh dan Shafie Abdullah. Dia sedang menempa nama. Beliau juga mewakili Majlis Peguam dalam Isu Akta Hasutan. Beliau anak Melayu Islam yang sangat berharga cuma barangkali kita telah gagal membentuk ' sistem kepercayaannya'. UMNO telah kehilangan orang yang sangat berpotensi.

Jangan takut perbezaan. Aku belum jumpa lagi serangan beliau kepada UMNO
( Buzze Azam sudah beberapa kali menembak DS Najib ). Beliau belum menyerang DS Najib. Adakah perbezaan akan menyebabkan UMNO tidak mahu berusaha menawannya ?

Pakatan membuka pintu seluas luasnya untuk Syahredzan dan ramai anak Melayu berpotensi bahkan menyediakan gelanggang untuk mereka berpencak. Anak anak muda ini tidak boleh duduk diam. Mereka mahu sentiasa hidup dan bergerak. Aku rasa belum lewat untuk UMNO mencuba. 

Jika UMNO fikir mahukan pendekatan berperang ( Tak nampak pun) maka kita akan hilang anak Melayu yang mempunyai kebolehan yang hebat.  Jadi aku cadangkan UMNO gunakan pendekatan menawan agar aset besar begini tidak terlepas kepada Pakatan..

8 comments:

  1. Siapa ada dalam umno? sisa..he..he..

    ReplyDelete
  2. Menarik isu ni.UMNO kena transform dalam erti kata sebenarnya kalau mahu terus relevan.

    ReplyDelete
  3. Umno tak mahu berubah. Tak usah berharap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. UMNO sedang dipandu oleh seseorang menuju ke gaung yang dalam....
      buktinya.... tiada ada sebarang usaha gerakerja dalam memulih imej, meningkatkan bilangan ahli yang berwibawa, menyerang balas terhadap musuh, membuat pencerahan terhadap sebarang fitnah atau tuduhan dan mengambil hati para penyokong... sebaliknya para pemimpin umno sedang menghilangkan kepercayaan penyokong, memusuhi penyokong, melebihkan pembangkang, mencari-cari cara nak bela pembangkang, mendiamkan segala keburukan para pemimpin, membela pengkhianat dalam kabinet, membela penasihat yang menjahanamkan, memusuhi dan memandang sepi pandangan Negarawan (TDM) dan berpuluh2 benda lagi yang merugikan parti....
      siapa dalang dan punca disebalik semua ini?

      Delete
  4. Budak ni orang terpelajar. Aku tengok dia punya kenyataan beberapa kali. Objektif orgnya. Bagus sangat kalau PEMUDA dapat tackle dia.

    ReplyDelete
  5. Melihat dari sudut berbeda. Cumanya UMNO nak ker ?

    ReplyDelete
  6. buat apa kita nak sibuk2..bapak dia kan ada?..org yg paling kuat sokong umno pun takkan kalah dgn anak?

    ReplyDelete
  7. They will come to umno if umno changes. Form a new set of umno baru just for this set of people. Let them form their own movement. Not like pemuda, not like that entity. Then only, I can initiate my own children to join it.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...