Boikot Barangan DAP

Boikot Barangan DAP

Friday 24 October 2014

MUDAH JER TUHAN BAGI PETUNJUK..

Ini petunjuk Tuhan bagi orang yang mahu berfikir. Sebelum Majlis Deepavali ini , rombongan PKR yang diketuai oleh Rafizi Ramli telah menemui pelajar. Mereka menyemaikan kebencian, kemarahan kepada kerajaan. Mereka seperti biasa menggambarkan bahawa Anwar dizalimi.

Kalau para pelajar ini tidak mendapatkan sumber yang lain maka jahatlah kerajaan di mata mereka.

Datuk Seri Hishammuddin telah mengangkat para pelajar ini ke satu tahap lebih tinggi. Mereka diberi amanah dan kepercayaan untuk bercakap kepada dunia. Mereka dianggap sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia yang bertanggungjawab memelihara maruah dan nama baik negara.

Inilah perbezaannya. Mudah dikesan asalkan para pelajar itu dan orang lain jugak mahu berfikir secara rasional.




PERTH: Penuntut-penuntut Malaysia di Australia mempunyai peranan sebagai duta bagi menjelaskan kepada rakyat negara ini mengenai tragedi membabitkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)
Penerbangan MH370 dan nahas Penerbangan MH17.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata mereka juga boleh menjadi suara rakyat Malaysia di luar negara bagi menjelaskan bagaimana negara melalui kedua-dua tragedi itu dan berupaya mendapat kerjasama daripada 26 negara termasuk kuasa besar seperti China dan Amerika Syarikat bagi menjejaki MH370. 

Beliau berkata mereka juga perlu memahami bagaimana Malaysia mengatasi perbezaan geopolitik bagi mendapatkan kotak hitam MH17 dan mengeluarkan mayat mereka yang terkorban.

Para penuntut itu juga diminta menjelaskan pendirian Malaysia terhadap Negara Islam (IS) yang tidak mewakili Islam selain usaha negara membendung pengaruh pergerakan itu.

"Kita telah melalui masa yang sukar. Kita tidak perlu meminta maaf mengenai di mana kita berada kini tetapi kita perlu memberi perhatian ke mana yang mahu kita tuju," katanya pada majlis makan malam sambutan Deepavali bersama-sama 83 pelajar Malaysia di sini, Khamis.

Hishammuddin diiringi isteri Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah. Antara mereka yang hadir pada majlis itu ialah Konsul Jeneral Malaysia di Perth Hafizah Abdullah, Naib Presiden Petronas bagi Pengurusan Petroleum Malaysia Adif Zukifli dan Pengarah Urusan DRB-HICOM Tan Sri Mohd Khamil Jamil.

Hishammuddin kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Australia bagi melancarkan kapal sewa kontrak Malaysia, Go Phoenix, dan kenderaan canggih sonar pengesan dalam air Pro Synthetic Aperture Sonar (ProSAS) di Pelabuhan Freemantle di sini, semalam.

Kapal itu adalah sebahagian daripada usaha berterusan Malaysia mencari pesawat MH370 yang penerbangannya dipercayai berakhir di kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi, kira-kira 3,000 km dari Perth, selepas hilang daripada imbasan radar pada 8 Mac.

Kapal itu akan menyertai kapal sewa kontrak "Fugro Discovery" dan "Fugro Equator" dalam operasi mencari Malaysia-Australia.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama. Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan, namun tiada sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini.

Penerbangan MH17 pula dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Donetsk, timur Ukraine dekat sempadan Rusia pada 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu yang membawa  283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh tetapi sehingga kini tiada pihak mendakwa bertanggungjawab terhadap tindakan kejam itu.

6 comments:

  1. Ini kelebihan DS Hishammuddin. Beliau menjadikan rakyat berasa bersama Kerajaan menghadapi situasi sukar ini.

    ReplyDelete
  2. PKR dah jelas khianat. Cari jalan dakwa musibat tak berguna ni.

    ReplyDelete
  3. Kita mampu kerana kita ada Petronas. kalau ada yang kata Kerajaan tak hiraukan rakyat tak taulah aku. banyak belanja Kerajaan guna untuk usaha ini.

    ReplyDelete
  4. Sempena tahun baru ini kita doalah mudah mudahan Allah permudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
  5. PKR betoi betoi kantoi. Semasa di Australia aku dengar mereka tak dapat sambutanpun.

    ReplyDelete
  6. Cantiklah kalau students kita di luar negara dapat menjadi suara kerajaan. Asyik jadi jurucakap pembangkang. Ini tak betul.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...